Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar menyambut Aidilfitri secara sederhana, selain lebih peka terhadap nasib golongan yang menderita ketika dunia berdepan kemelut geopolitik, khususnya di Asia Barat.
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar menyambut Adil Fitri secara sederhana
00:05selain lebih peka terhadap nasib golongan yang menderita ketika dunia berdepan kemelajian politik, khususnya di Asia Barat.
00:12Beliau berkata Malaysia tidak terkecuali menerima tempias konflik di rantau berkenaan,
00:17susulan serangan rejim Zionis Israel dengan dukungan MK Syarikat ke atas Iran yang kesannya turut merebak ke negara jiran.
00:25Anwar berkata Malaysia perlu lebih berwaspada kerana peperangan itu pastinya memberi impak dari segi harga minyak,
00:32harga barang, kos sara hidup dan tekanan terhadap ekonomi negara.
00:36Jadi sebab itulah sementara kerajaan akan berusaha sedaya upaya meringankan rakyat dari beban yang bakal ditimpa,
00:47kita bertanggungjawab untuk kembali menjiwai ruh Ramadhan dan semangat membela nasib rakyat miskin.
00:58Malah beliau yakin dengan persiapan dan perancangan yang rapi, negara kekal optimis terhadap kerudukan ekonomi yang dicapai,
01:06terutama dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
01:08Pada masa yang sama, Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya terus mempertahankan perpaduan dan keharmonian
01:15dalam menghadapi pelbagai pandangan, pendirian serta ujian dunia masa kini
01:20sambil menegaskan kekuatan negara terletak pada kedaulatan tekad, kesatuan hati, wadah tul fiq dan wadah tul amat.

Recommended