Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Jadual perkhidmatan feri ke Langkawi akan disusun semula selepas Aidilfitri susulan kenaikan harga diesel industri yang meningkat lebih 100 peratus.
Transcript
00:00Jadual perkhidmatan feri ke Langkawi akan disusun semula selepas Aidilfitri susulan kenaikan harga diesel industri yang meningkat lebih 100%.
00:09Pengurus Besar FeriLine Ventures Dr. Baharin Baharung berkata, langkah itu perlu bagi mengurangkan kos operasi dan risiko kerugian pengusaha feri.
00:21Menurutnya, kadar tambang feri di Langkawi ketika ini jauh lebih rendah berbanding pulau-pulau utama lain di Semenanjung.
00:28Sehubungan itu, jumlah perjalanan feri harian akan dikurangkan daripada 5 kepada 3 perjalanan sehari sebagai langkah kawalan kos.
00:36Beliau berkata, satu perbincangan bersama Kementerian Pengangkutan telah diadakan bagi membincangkan cadangan pelaksanaan cas tambahan susulan kenaikan kos bahan api.
00:46Namun katanya keputusan berhubung cadangan tersebut masih belum dimutamakan oleh pihak kerajaan.
00:52Tak banyak harga diesel industri di Langkawi lebih tinggi berbanding pulau-pulau lain sekaligus memberi tekanan kepada pengusaha feri.
01:00Langkah perstrukturan semula itu penting bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan feri ke Langkawi tanpa menjejaskan sektor pelancongan tempatan.
Comments

Recommended