Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Krisis Iran memberi kesan besar kepada sektor penerbangan global apabila harga bahan api melonjak dan laluan udara terganggu. Peminat bola sepak yang menuju ke Piala Dunia dijangka berdepan kenaikan kos sehingga 30 peratus selain risiko kelewatan dan gangguan perjalanan, khususnya dari Asia dan Afrika.
Transcript
00:00Peminat bola sepak yang merancang ke Piala Dunia musim panas ini dijangka berdepan kos penerbangan lebih tinggi selain risiko kelewatan,
00:08pembatalan dan gangguan perjalanan, sesulan krisis Iran yang berlarutan.
00:13Pakar industri penerbangan dan pelancongan menjangkakan harga untuk penerbangan boleh meningkat sehingga 30% berbanding kenaikan biasa sempena Piala Dunia.
00:23Hal ini berlaku sesulan konflik yang menyaksikan Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serang udara ke atas Iran sejak hampir 3
00:31minggu lalu dan tindak balas Iran dengan menyasarkan infrastruktur penting di Rantau Teluk dan Israel termasuk kemudahan tenaga selain mengahatkan
00:39pergerakan kapal tangki melalui selat hormers.
00:41Keadaan itu menyebabkan harga bahan api jet melonjak dengan harga di Eropah dilaporkan meningkat 2 kari ganda, manakala di Asia
00:48naik hampir 80% sejak akhir Februari.
00:52Walaupun kejohanan masih berbaki 3 bulan, kesannya terhadap perjalanan antarabangsa tidak dapat dielakkan.
00:58Peminat dari Asia dan Afrika dijangka paling terjejas kerana laluan perjalanan utama mereka bergantung kepada koridor Asia Barat yang kini
01:07terganggu.
01:07Piala Dunia kali ini akan dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Meksiko.
Comments

Recommended