Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Israel melarang solat sunat Aidilfitri di Masjid Al‑Aqsa atas alasan keselamatan selepas serangan ke atas Iran. Polis Israel menggunakan belantan, bom denyar dan gas pemedih mata terhadap jemaah sepanjang Ramadan. Kota Lama Baitulmuqaddis Timur menjadi seperti ‘bandar hantu’ apabila peniaga Palestin dilarang buka kedai. Rakyat Palestin menyeru umat Islam berkumpul sedekat mungkin dengan Al‑Aqsa untuk solat raya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Israel melarang pelaksanaan solat sunat Aidilfitri di kawasan Masjid Al-Aqsa atas alasan keselamatan berikutan serangan Israel ke atas Iran.
00:09Rakyat Palestine menyeru umat Islam berkumpul berdekatan kota lama untuk menunaikan solat Hari Raya sedekat mungkin dengan Al-Aqsa sebagai
00:16tanda penutup Ramadan.
00:18Larangan Israel itu menambahkan tekanan terhadap umat Islam Palestine yang sebelum ini berdepan sekatan berterusan untuk memasuki kawasan Masjid Suci
00:25ketiga umat Islam itu sepanjang bulan Ramadan.
00:28Sebelum ini polis Israel menggunakan kekerasan untuk menyuraikan jemaah yang solat di luar tembok Al-Aqsa sebagai protes terhadap sekatan
00:37Ramadan.
00:37Larangan berkumpul pula menyebabkan peniaga Palestine tidak dibenarkan membuka kedai menjelang Hari Raya menyebabkan suasana kota lama berubah menjadi seperti
00:46bandar hantu sedangkan kawasan itu kebiasaannya penuh dengan pengunjung menjelang Aidilfitri.
00:52Baitul Muqadis Timur kini melalui Aidilfitri dalam keadaan paling suram dengan ramai rakyat Palestine hilang akses beribadah di masjid paling
01:01penting dalam Islam selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
01:04Terima kasih kerana menonton!
01:07Terima kasih kerana menonton!
01:12Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended