00:00Perkhidmatan tukar duit raya yang semakin mendapat sambutan menjelang Aidilfitri boleh menjurus kepada amalan riba sekiranya dikenakan caj yang tidak
00:08menepati syarak.
00:10Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menerusi Irsyad Al-Hukum siri ke-950, hukum mengenakan caj bagi pertukaran duit raya adalah
00:19haram jika melibatkan pertukaran wang dengan tambahan nilai yang tidak dibenarkan.
00:25Ia menjelaskan keadaan tersebut berlaku apabila seseorang menukar wang dalam jumlah tertentu dan kemudian menawarkan pertukaran semula kepada orang lain
00:34dengan caj tambahan yang dikategorikan sebagai riba.
00:37Selain itu, pertukaran wang juga wajib berlaku secara serta-merta dalam satu majlis tanpa sebarang penangguhan.
00:43Sebagai contoh, jika seseorang memberikan wang RM100 untuk ditukar kepada wang pecahan tetapi hanya menerima wang tersebut pada hari berikutnya,
00:51transaksi itu dianggap tidak sah dan haram kerana tergolong dalam riba al-Nasi'ah iaitu riba yang berlaku akibat penangguhan
00:58dalam penyerahan.
01:00Bagaimanapun, caj perkhidmatan dibenarkan sekiranya individu tersebut hanya bertindak sebagai wakil untuk menukar duit dengan pihak ketiga dengan syarat kadar
01:08caj adalah jelas dan dipersetujui bersama.
01:11Menurut penjelasan, jika seseorang itu hanya menjadi wakil bagi mendapatkan wang pecahan daripada pihak lain,
01:17upah perkhidmatan dibolehkan kerana ia merupakan bayaran atas khidmat, bukan pertukaran wang dengan tambahan.
01:23Dalam masa sama, orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam menggunakan perkhidmatan tukar duit raya
01:28bagi mengelakkan terlibat dengan unsur riba yang ditegah dalam Islam.
Comments