Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
JPJ merekodkan 2,384 kesalahan lalu lintas dalam tiga hari Ops HRA 2026 melalui pemantauan dron, melibatkan empat kesalahan utama di lokasi panas seluruh negara. Notis temu siasat akan dikeluarkan berdasarkan bukti rakaman.
Transcript
00:00Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ merekodkan sebanyak 2,384 rakaman kesalahan lalu lintas menerusi penggunaan drone sepanjang 3 hari pelaksanaan OPS
00:10Hari Raya Aidilfiti HRA 2026 yang bermula 16 Mac lalu membabitkan 4 kesalahan utama.
00:17Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Mohd Kifli Mahasan berkata 4 kesalahan utama yang dikenal pasti sebagai punca kemalangan jalan raya
00:25iaitu memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat, memotong barisan atau memotong kenderaan dari sebelah kiri serta menggunakan lorong
00:34kecemasan.
00:36Katanya kesalahan paling tinggi yang direkodkan ialah memotong di garisan berkembar, diikuti tidak mematuhi lampu isyarat, memotong barisan atau memotong
00:44kenderaan dari sebelah kiri selain menggunakan lorong kecemasan.
00:48Kita telah kena pasti 4 kesalahan utama yang boleh menyumbang kepada kemalangan yang dilakukan oleh pengguna-pengguna jalan raya yang
00:59boleh dirakam menggunakan drone.
01:044 fokus utama kesalahan yang melibatkan kemalangan yang dirakamkan oleh drone ialah
01:11Nombor 1, memotong di garisan berkembar, di mana untuk sepanjang 3 hari penguatkuasaan yang kita lakukan, kita telah mengesan sebanyak
01:21715 kesalahan
01:23untuk tidak mematuhi lampu isyarat sebanyak 627, untuk potong keu ataupun memotong barisan ataupun memotong di sebelah kiri sebanyak 539
01:38dan menggunakan lorong kecemasan sebanyak 503.
01:43JPJ katanya akan menghantar notis temu siasat kepada pengguna yang melakukan kesalahan berdasarkan bukti rakaman drone berkenaan.
01:52Berdasarkan data dan analisis, sebanyak 288 lokasi panas, kemalangan dan kesalahan trafik yang sering dilakukan dikenalpasti di seluruh negara.
01:59Tiga negeri tertinggi kawasan panas adalah di Kelantan, 53 lokasi, Sarawak, 50 lokasi dan Perak, 34 lokasi.
02:08Mohd Kifli berkata pemantauan melalui drone itu dapat membantu mengesan pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan.
02:15Disebalik itu, ujar beliau ia bukan bertujuan mencari kesalahan pengguna jalan raya, sebaliknya sebagai peringatan supaya mematuhi peraturan jalan raya.
02:23JPJ mempunyai enam buah drone dengan salah satunya berkeupayaan tinggi yang berupaya zoom sehingga 200 kali.
Comments

Recommended