00:00Sementara itu, aliran trafik di lebuh raya utama negara dijangka kekal tinggi sehingga lewat malam nanti, susulan orang ramai pulang
00:08ke kampung bagi menyambut Aidilfitri.
00:10Pengurus Besar Kanan Operasi PLAS Malaysia Berhad, Muhammad Yusof Abdul Aziz berkata jumlah kenderaan semalam menunjukkan sedikit penurunan berbanding hari
00:20sebelumnya namun masih melebihi 2 juta kenderaan sehari.
00:25Katanya, PLAS menjangkakan tren sama berterusan pada Jumat hingga lewat malam memandangkan Sabtu adalah sambutan Aidilfitri.
00:33Mengenai kemalangan, beliau berkata setakat Khamis tiada kejadian luar jangka yang menjejaskan aliran trafik secara serius.
00:41Dalam hal ini menurutnya, PLAS juga bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ dalam aspek
00:50keselamatan serta penguatkuasaan.
00:52Ujar beliau, sebarang kemalangan yang berlaku berjaya diselesaikan dengan segera hasil kerjasama semua pihak, khususnya Pasukan Bantuan Kecemasan ERT yang
01:03ditempatkan di lokasi strategik sepanjang lebur raya.
01:06Pemantauan dan penyuraian trafik turut dilaksanakan di lokasi dikenalpasti sebagai hotspot sekiranya keadaan memerlukan.
01:13Orang ramai katanya dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan mendapatkan maklumat trafik terkini melalui aplikasi X serta MyPlus TTA
01:23bagi mengelakkan kesesakan.
01:24Sebelum ini, Jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia LLM melaporkan aliran trafik di beberapa lebuh raya utama bergerak perlahan pada pagi
01:34Jumaat, susulan lebih ramai menuju keluar untuk pulang ke kampung bagi sambutan Aidilfitri.
01:41Terima kasih kerana menonton!
Comments