Skip to playerSkip to main content
  • 17 hours ago
Demi keselamatan, Pihak Berkuasa Agama Islam, Wakaf dan Zakat mengumumkan bahawa solat Hari Raya Aidilfitri hanya diadakan di dalam masjid, di mana kawasan solat terbuka tidak akan digunakan tahun ini di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Transcript
00:00Pihak berkuasa agama Islam, wakaf dan zakat mengumumkan solat Hari Raya Aidilfitri hanya diadakan di dalam masjid dengan kawasan solat
00:08terbuka tidak akan digunakan tahun ini di Emirah Arab Bersatu UAE.
00:13Dalam satu kejataan, pihak berkuasa menyatakan keputusan tersebut berkuatkuasa di seluruh negara mengisahkan bahawa solat sunat itu tidak akan diadakan
00:20di kawasan terbuka seperti tahun lalu.
00:25Pegawai berkata langkah ini bertujuan untuk memastikan pengurusan solat berjalan lancar dan menjaga keselamatan awam dengan jemaah dijangka hadir ke
00:32masjid di seluruh negara itu.
00:34Pihak berkuasa menambah semua masjid di UAE telah bersedia untuk menampung jemaah bagi solat Aidilfitri dan menggesa orang ramai mengikuti
00:42panduan rasmi serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkaitan.
00:46Solat Hari Raya Aidilfitri menandakan penutup bulan suci Ramadan dan secara tradisinya diadakan dalam jemaah besar selalunya di kawasan terbuka
00:54yang ditetapkan.
00:55Sementara itu di Arab Saudi, Kementerian Hak Ehwal Islam mengarahkan cawangan-cawangan wilayahnya untuk mengadakan solat Hari Raya Aidilfitri hanya
01:03di dalam masjid.
01:04Ia adalah sesulan ramalan pusat meteorologi negara mengenai hujan lebat, hujan batu, banjir kilat dan angin kencang di beberapa kawasan
01:12di negara itu bermula Rabu hingga Isnin.
01:14Memandangkan Hari Raya Aidilfitri jatuh dalam tempoh cuaca ini, Kementerian Hak Ehwal Islam mengambil langkah untuk melindungi jemaah dengan mengehadkan
01:21solat di dalam ruang masjid tertutup di kawasan yang terjejas.
01:25UAE dan Arab Saudi menyambut Aidilfitri pada Jumaat.
01:28Terima kasih.
01:29Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended