Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Lebih 30 kemalangan kecil berlaku sejak semalam di laluan Gua Musang dipercayai akibat keletihan pemandu. Polis melaksanakan lima kali penarikan trafik sepanjang 10–12 km untuk menyuraikan kesesakan masuk ke Kelantan. Orang ramai disaran guna laluan alternatif seperti LPT, LRTB dan Simpang Pulai.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, lebih 30 kemalangan kecil direkodkan di Gua Musang, Kelantan sepanjang dua hari akibat keletihan pemandu yang memandu jarak jauh
00:07sempena perjalanan Aidilfitri.
00:09Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Chun Fu berkata, kemalangan itu berlaku di beberapa laluan utama termasuk Lebuh Raya
00:16Kuala Lipis, Gua Musang, Jalan Persekutuan dan juga Jalan Negeri.
00:22Menurutnya, sekitar 20 kemalangan berlaku semalam, manakala 15 kes lagi direkodkan setakat Khamis petang.
00:27Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan dan hanya pelanggaran kecil seperti melanggar bagian belakang kenderaan lain berlaku.
00:34Bagi mengurangkan kesesakan luar biasa di pintu masuk Kelantan, Polis Gua Musang telah melaksanakan penarikan trafik sebanyak 10 hingga 12
00:42km sejak Khamis.
00:445 kali penarikan dilakukan dalam 2 hari dengan setiap proses mengambil masa sehingga 1 jam 30 minit.
00:49Penarikan trafik dibuat dengan membuka 2 lorong menghala ke Gua Musang dan menutup laluan bertentangan seketika bagi memberi ruang kepada
00:57aliran kenderaan masuk ke Kelantan.
01:00Sik berkata penyuraian trafik itu akan dilakukan sekali atau 2 kali lagi bagi memastikan rakyat dapat pulang beraya ke kampung
01:07halaman.
01:08Orang ramai disaran memilih laluan alternatif seperti Lebuh Raya Pantai Timur, Lebuh Raya Timur Barat dan Simpang Pulai Perak bagi
01:14mengelak kesesakan teruk.
01:16Beliau teruk mengingatkan pengguna agar memastikan keadaan kenderaan berada dalam keadaan baik bagi mengelakkan kerosakan yang memburukkan lagi aliran trafik.
Comments

Recommended