00:00Seorang lelaki berusia 17 tahun mengalami kecederaan parah termasuk pecah kedua-dua gegendang telinga selepas bermain mercun di bandar Spring
00:09Hill Lukut.
00:10Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Dato' Azzafni Ahmad, mangsa bersama rakan-rakan telah mengubah suai sehingga 20 mercun bola dan
00:18menabur berlerang ke dalam lubang tiang untuk menghasilkan letupan yang lebih kuat.
00:23Katanya, insiden berlaku ketika mangsa cuba menyalakan pemetik api lalu berlaku letupan kuat yang menyebabkan kecederaan parah.
00:29Mangsa dibawa ke hospital swasta sebelum dipindahkan ke hospital Port Dixon untuk rawatan lanjut dan dimasukkan ke ward sejak 13
00:37Mac 2026.
00:38Kes disiasat mengikuti Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
00:45Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan polis sedang mengesan saksi bagi membantu siasatan.
00:50Polis mengingatkan remaja agar tidak mengubah suai mercun kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan serius lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan
00:58ini.
00:59Terima kasih.
01:00Terima kasih.
01:00Terima kasih.
Comments