Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Tarikh pendengaran itu ditetapkan susulan pengurusan kes yang diadakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Wan Norazimin Kassim pada Khamis (19 Mac).
Transcript
00:00Mahkamah Persekutuan menetapkan 15 Julai depan untuk mendengar permohonan difailkan keluarga warga Mongolia, Mendiang Al-Tantuya Syaribu.
00:09Ia bagi mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam saman sivil berhubung kematian model itu pada 2006.
00:17Tarikh pendengaran itu ditetapkan susulan pengurusan kes yang diadakan di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Nur Azimin Qasim pada
00:26Khamis.
00:30Keluarga Al-Tantuya memfailkan permohonan itu pada 19 Februari lepas bagi mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan jumlah
00:39ganti rugi diberikan kepada keluarga itu daripada RM5 juta kepada RM1.4 juta dalam saman sivil difailkan terhadap Abdul Razak,
00:48dua anggota polis serta kerajaan.
00:50Pada 20 Januari lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan dan memutuskan kerajaan tidak bertanggungjawab secara vicarious atau liability ganti rugi
01:00terhadap tindakan bekas anggota polis Sirul Azhar Umar dan Azila Hadri.
01:05Keluarga Al-Tantuya telah memfailkan saman berjumlah RM100 juta pada 2007 dengan mendakwa kematian Al-Tantuya menyebabkan mereka mengalami trauma
01:14mental dan psikologi.
01:15Pada 2022, Mahkamah Tinggi Sya'alam membenarkan saman difailkan keluarga Al-Tantuya dan mengarahkan Azila, Sirul Azhar, Abdul Razak serta
01:25kerajaan membayar ganti rugi sebanyak RM5 juta secara bersama.
01:29Azila dan Sirul Azhar disabitkan kesalahan pada 2009 kerana membunuh Al-Tantuya di Sya'alam antara 19 hingga 20 Oktober
01:372006.
01:38Mahkamah Persekutuan pada 2015 mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap mereka selepas mengetepikan keputusan pembebasan oleh Mahkamah Rayuan sebelum itu.

Recommended