Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Pemantauan di peringkat negeri termasuk oleh exco kerja raya membantu memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual.
Transcript
00:00Intervensi Kerajaan Negeri penting dalam memastikan kelancaran pelaksanaan projek pembangunan khususnya yang melibatkan kerjasama dengan Kerajaan Pusat.
00:09Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Suri Ahmad Maslan berkata,
00:12pementauan di peringkat negeri termasuk oleh Exko Kerja Raya dan Kementerian berkaitan membantu memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual, malah
00:21lebih awal.
00:21Arahan saya kepada pepegawai di JKR yang lewat jadual hendaklah diawalkan, lewat jadual hendaklah diawalkan.
00:31Projek sakit cuma 4.1% atau 35 sahaja daripada 775, sorry, sorry bukan 775, 855, 855.
00:47seluruh projek in hand, 855, 4.1% sahaja projek sakit iaitu 35 projek daripada 855 projek.
01:01Ya betul, betul.
01:03Setiap negeri, kita ada di sini Menteri Kerja Raya, di Semenanjung berkaitan Exko Kerja Raya, mereka yang juga turut memantau.
01:17Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keperluan campur tangan kerajaan negeri termasuk dalam aspek pelanjutan masa EOT dan penyelarasan projek.
01:26Mengulas lanjut, Ahmad memaklumkan daripada keseluruhan 855 projek dalam tangan Jabatan Kerja Raya JKR ketika ini, prestasi pelaksanaannya secara keseluruhan
01:38masih terkawal.
01:39Katanya kira-kira satu per tiga projek berada lebih awal daripada jadual, satu per tiga mengikut jadual manakala selebihnya mengalami
01:47sedikit kelewatan.
01:49Tambah beliau fokus kementerian ketika ini adalah untuk mempercepatkan projek yang lewat serta mengekalkan momentum projek yang menunjukkan prestasi cemerlang.
Comments

Recommended