00:00Seorang bapa tunggal memilih untuk meneruskan kehidupan di atas air selepas tidak mempunyai tanah untuk didiami di kampung banjir Pekalan
00:08Kubur, Tumpat, Kelantan.
00:10Wan Suhaimi Wan Sulong, 39 tahun, membina rumah rakit di sungai menggunakan kayu terpakai dan tong sebagai pelampung yang kini
00:18menjadi tempat berteduh bersama anak perempuannya Wan Nurul Balkis, 12 tahun.
00:22Sejak lima tahun lalu, dia menternak ikan siakap dan talapia dalam sangkar sebagai sumber pendapatan utama keluarga.
00:29Namun usaha itu tidak selalunya mudah. Banjir besar yang pernah melanda kawasan tersebut menyebabkan banyak ikan ternakannya terlepas dan mengakibatkan
00:38kerugian kira-kira RM13,000.
00:41Daripada hampir 20 sangkar sebelum ini, kini hanya tinggal 3 sangkar sahaja kerana kekurangan modal untuk membeli benih dan makanan
00:48ikan.
00:49Selain menternak ikan, Wan Suhaimi turut turun ke laut sebagai nelayan pantai menggunakan bot gentian kaca bagi menambah pendapatan.
00:57Walaupun berdepannya risiko, terutama ketika musim tengkujuh, dia tetap bertahan kerana tidak mampu menyewa rumah di daratan.
01:06Baginya, harapan tetap ada untuk bangkit semula dan satu hari nanti menambah semula ternakan ikan sangkar demi masa depan anaknya.
01:14Terima kasih telah menonton!
Comments