00:00Yang bongsu tu cakap kan biasa daya, tak adalah mama buat semua-semua ni.
00:05Luahan polos seorang anak meruntun jiwa seorang ibu yang kini menggalas peranan seorang diri
00:11selepas pemergian suami tercinta dalam kemalangan trajis
00:14membabitkan pasukan simpanan persekutuan FRU di Teluk Intan tahun lalu.
00:20Bagi Nur Aini Sami'un, 45 tahun, balu kepada Allah Yarham Sarjan Mohamad Roslan Abdul Rahim,
00:26kata-kata anak bongsunya itu cukup menyentuh hati, lebih-lebih lagi apabila syawal semakin menghampiri.
00:32Menurutnya, Aidilfitri tahun ini disambut seperti biasa demi anak-anak,
00:36namun jauh di sudut hati perasaan untuk beraya itu seakan tiada sejak kehilangan insan tersayang.
00:43Mengimbau kenangan lalu, Nur Aini berkata arwah suaminya seorang yang serba boleh
00:47dan banyak membantu menguruskan persiapan menjelang Aidilfitri, terutama menghias rumah dengan lampu raya.
00:53Malah katanya arwah juga gemar melayan anak-anak bermain bunga api,
00:58sehingga mereka sering bertanya sama ada mahu membelinya seperti dahulu.
01:02Walaupun masih dibelenggu kesedihan, Nur Aini berkata,
01:06dia tetap berusaha memastikan tiga anaknya,
01:09Mohamad Rakin Najmi, 14 tahun, Mohamad Rizki Nazhan, 10 tahun,
01:13dan Nur Akilah Rawidah, 7 tahun, merasai kegembiraan Aidilfitri seperti kanak-kanak lain.
01:20Suri rumah itu turut berkongsi bahawa sepanjang tempoh edah,
01:23dia berdepan fasa paling sukar dalam hidup apabila hilang arah
01:27dan tidak mampu menguruskan kehidupan seperti biasa.
01:30Kini katanya rutin hariannya kembali seperti biasa,
01:34termasuk menghantar anak ke sekolah dan menziarahi pusara arwah suami setiap minggu
01:39sebagai tanda kasih yang tidak pernah pudar.
01:41Dia nampak ayah kat faga, ayah senyum saja.
01:51Dia pun terjaga.
01:55Saya teringin nak jumpa.
01:58Lepas sekejap lagi lah.
02:01tosekologiskan ke utero
02:03melawan yang terduit?
02:04Bye!