Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Cuaca di Sabah dijangka mengalami hujan serta ribut petir pada beberapa waktu sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri berdasarkan ramalan khas Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Transcript
00:00Pada cuaca di Sabah dijangka mengalami hujan serta ribut petir pada beberapa waktu sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
00:07Dan ini berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia, MAP Malaysia yang bermula 20 hingga 22 Mac yang menjangkakan Sabah akan mengalami
00:15keadaan cuaca tidak menentu dengan hujan dan ribut petir terutama pada sebelah petang dan malam.
00:23Pada 20 Mac, kebanyakan kawasan di Sabah dijangka mengalami hujan pada waktu pagi, diikuti ribut petir pada sebelah petang sebelum
00:31hujan berterusan pada waktu malam.
00:33Sementara pada 21 Mac, keadaan cuaca dijangka lebih baik dengan cuaca cerah pada waktu pagi dan petang, namun hujan masih
00:40berpotensi berlaku pada waktu malam di beberapa kawasan.
00:43Pada 22 Mac, cuaca pada sebelah pagi dijangka cerah, namun ribut petir berpotensi berlaku pada waktu petang sebelum keadaan kembali
00:52hujan pada waktu malam.
00:53MAP Malaysia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka terhadap perkembangan ramalan cuaca semasa dan merancang perjalanan serta aktiviti Aidilfitri dengan
01:02mengambil kira kemungkinan hujan.
01:05Keadaan cuaca tidak menentu juga jangka berkesan kepada aktiviti ziarah, perjalanan pulang ke kampung serta sambutan rumah terbuka.
01:12Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman rasmi serta aplikasi mudah alih yang disediakan MAP Malaysia bagi memastikan
01:21keselamatan dan kelancaran aktiviti sepanjang sambutan Aidilfitri.
Comments

Recommended