Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Kepulangan kedua-dua tokoh itu tanpa syarat ke ekosistem UMNO memberikan implikasi yang kompleks, bukan sahaja terhadap kestabilan dalaman parti, tetapi juga persepsi pengundi Melayu.
Transcript
00:00Kemasukan semula tokoh-tokoh berprofil tinggi seperti bekas Menteri Kesehatan Khairi Jamaluddin dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein ke dalam
00:08UMNO
00:09dilihat membawa pelbagai dimensi politik termasuk risiko dan peluang.
00:14Penganalisis politik dan fellow penyelidik Ilham Center Mujibu Abdul Muiz berpandangan
00:19kepulangan kedua-dua tokoh itu tanpa syarat ke ekosistem UMNO memberikan implikasi yang kompleks
00:24bukan sahaja terhadap kestambilan dalaman parti tetapi juga persepsi pengundi Melayu.
00:32Jelas beliau satu daripada perspektif positif adalah ia boleh membantu mengekalkan sokongan akar umbi UMNO
00:39dan menarik semula pengundi atas pagar terutamanya di kawasan bandar.
00:43Dan yang paling penting adalah bagaimana ini boleh berangkali membantu imbangan kuasa dalam kerajaan perpaduan
00:51terutamanya kita bercakap tentang berhadapan dengan pindahan rakyat umum ke-16
00:56kerana kalau kita boleh spesifikan kepada dua tokoh ini, Khairi Jamaluddin dan Isyamuddin Tun Hussein
01:04kedua-dua tokoh ini mempunyai bagi saya modal politik dan ada kesan yang besar
01:12sekiranya mereka dibawa masuk semula ke dalam UMNO.
01:17Mujibu menambah kepulangan Khairi yang semakin popular selepas berada di luar UMNO
01:21memberikan imej reformis dan teknokratik dengan pendekatan komunikasi media sosial yang berkesan.
01:27Sementara itu, Isyamuddin yang juga bekas naik presiden UMNO
01:30membawa pengalaman pentadbiran senior dan pengaruh dinasti politik
01:34yang menjadi aset penting dalam konteks UMNO sebagai parti tradisional dan elit.
01:39Beliau juga menegaskan Khairi dan Isyamuddin berpotensi menarik kembali
01:43dan mengekalkan sokongan asas sedia ada serta membesarkan pola sokongan parti
01:48menjelang pilihan raya.
Comments

Recommended