00:00Peguam Muhammad Haris Mat Yusof menegaskan anak guamnya Muhammad Zamri Vinod Kalimutu tidak melarikan diri.
00:06Menurutnya kenyataan Ketua Polis Negara Datuk Seri Muhammad Khalid Ismail pada 13 Mac yang menyatakan Zamri Vinod berada di luar
00:14negara adalah tidak tepat.
00:18Haris menyatakan mengikut rekod pasport Zamri Vinod telah berada di Thailand pada 9 Mac dan pulang ke Malaysia pada 12
00:25Mac lalu atas urusan kerja.
00:27Jadi di sini anak guam kami menyatakan kenyataan tersebut tidak tepat.
00:32Anak guam kami tidak pernah melarikan diri ke mana-mana anak guam kami berada dalam negara dan hari ini membuktikan
00:38anak guam kami memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis, kepada pihak pendakwa raya dan bersedia untuk menghadapi pertuduhannya dengan adil.
00:48Beliau berkata demikian semasa sidang media di Pekarangan Mahkamah Kuala Lumpur pada Selasa.
Comments