Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai digantung sementara selepas sebuah tangki bahan api berhampiran lapangan terbang itu terbakar.

Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Dubai, insiden itu berpunca daripada impak serangan dron sehingga menyebabkan kebakaran besar dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 4 pagi pada Isnin.
Transcript
00:00Operasi penerbangan di lapangan terbang antarabangsa Dubai tergendala selepas sebuah tangki bahan api berhampiran lapangan terbang itu terbakar.
00:08Menurut pihak berkuasa penerbangan awam Dubai, ia berpunca daripada impak serangan drone sehingga menyebabkan kebakaran besar dalam insiden yang berlaku
00:16kira-kira jam 4 pagi pada Isnin.
00:20Pihak berkuasa memaklumkan kebakaran berjaya dikawal dan setakat ini tiada kecederaan dilaporkan.
00:26Beberapa penerbangan turut dialihkan ke lapangan terbang lain termasuk lapangan terbang antarabangsa Al Maktum bagi mengurangkan gangguan operasi.
00:35Sementara itu syarikat penerbangan Emirates memaklumkan sebahagian operasi penerbangan disambung semula secara berperingkat bermula kira-kira jam 10 pagi waktu
00:44tempatan selepas situasi terkawal.
Comments

Recommended