Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Tentera Israel membunuh 16 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza serta Tebing Barat, semalam, menurut pegawai kesihatan, ketika rejim Zionis turut melancarkan serangan berterusan terhadap Iran dan Lubnan.
Transcript
00:00Bertemu kembali tentera Israel membunuh 16 rakyat Palestine di semenanjung Gaza serta tebing barat pada ahad menurut pegawai kesihatan ketika
00:09rejim Zionis turut melancarkan serangan berterusan terhadap Iran dan Lubnan.
00:13Petugas Perubatan dan Kementerian Dalam Negeri di Gaza berkata serangan udara Israel telah meragut nyawa seorang pegawai polis kanan dan
00:228 lagi anggota lain.
00:26Serangan itu mengenai kenderaan yang dinaiki mereka berhampiran pintu masuk ke bandar Zawedah di tengah Gaza.
00:33Sekurang-kurangnya 14 lagi mangsa yang kebanyakan mereka adalah orang awam mengalami kecederaan dalam kejadian itu menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
00:41Terdahulu semalam pegawai kesihatan berkata serangan udara Israel mengorbankan 3 mangsa seorang lelaki, isteri yang sedang mengandung dan anak lelaki
00:50mereka di Nusirat, tengah Gaza.
00:53Pihak Berkuasa Kesihatan Palestine memaklumkan dalam kejadian di perkampungan Tamun, Tebing Parat pula, seorang lelaki berusia 37 tahun bersama isteri
01:02berumur 35 tahun dan dua anak lelaki mereka berusia 5 serta 7 tahun maut sepas ditembak di kepala ketika menaiki
01:10sebuah kenderaan.
01:11Dua lagi anak lelaki pasangan itu dilaporkan mengalami kecederaan.
01:15Seorang daripada mangsa cedera itu yang berusia 12 tahun berkata tentera kemudian menariknya keluar daripada kenderaan itu sebelum memukulnya.
01:24Tentera Israel mendakwa bahawa pihaknya sedang meneliti kejadian itu.
01:28Tentera Israel mendakwa bahawa pihaknya sedang meneliti kejadian itu.
Comments

Recommended