00:00Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Mahfi Sabah memberikan jaminan bekalan beras di negeri itu mencukupi dan berada pada tahap
00:09selamat.
00:10Menterinya Datuk Jamawi Jaafar berkata setakat ini stok simpanan beras di Sabah mampu menampung keperluan rakyat negeri itu hingga sembilan
00:19bulan.
00:22Menurutnya, jika digabungkan dengan stok perdagangan, stok pemborong dan bekalan beras tempatan, jumlah keseluruhan bekalan beras di Sabah boleh bertahan
00:31dalam tempuh berkenaan.
00:33Jamawi berkata demikian sebagai maklum balas mengenai isu kekurangan bekalan beras yang dilaporkan berlaku di beberapa daerah di Sabah sejak
00:41kebelakangan ini.
00:42Beliau berkata kementeriannya telah berhubung dengan Bernas Sabah yang bertanggungjawab mengurus serta mengedarkan bekalan beras di negeri itu bagi mendapatkan
00:52penjelasan mengenai situasi berkenaan.
00:55Menurut agensi itu, bekalan beras di Sabah mencukupi dan kekurangan bekalan dilaporkan berlaku di beberapa daerah hanya bersifat sementara.
01:05Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak panik kerana kerajaan sentiasa memantau keadaan bekalan makanan asas di Sabah.
Comments