00:00Lelongan terbitan baharu Sekuriti Kerajaan Malaysia MGS dengan tempoh matang 3 tahun mencatatkan permintaan kukuh dengan nisbah bidaan kepada tawaran
00:10sebanyak 2.218 kali bagi saiz terbitan yang dianggar sekitar 5 bilion ringgit.
00:16Prestasi positif itu hadir susulan kejayaan lelongan usukuk Kerajaan Malaysia GII bertempoh 15 tahun minggu lalu yang turut menerima sambutan
00:25memberangsangkan daripada pelabur.
00:28Aktiviti bidaan dilihat mendapat sokongan daripada penyusutan hasil lebih 5 mata asas sejak pengumuman lelongan.
00:37Ini ekoran statusnya sebagai penanda aras baharu serta ketahanan relatif ringgit di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang berterusan di Asia
00:46Barat.
00:47Pegangan asing dalam bon dinominasi ringgit dilaporkan tidak menentu sepanjang Mac namun masih merekodkan aliran masuk bersih kecil kira-kira
00:56100 juta ringgit setakat bulan ini.
00:59Prestasi itu mengatasi beberapa negara ASEAN lain seperti Indonesia dan Thailand yang mencatatkan aliran keluar dana asing.
01:07Dalam pasaran when issued, aktiviti dagangan dilihat aktif sepanjang tempoh sebelum lelongan.
01:15Hasil when issued didagangkan sekitar 3.17% hingga 3.19% selepas pengumuman lelongan pada Rabu sebelum meningkat kepada
01:27kira-kira 3.24% pada hari berikutnya.
01:31Keputusan lelongan menunjukkan sokongan pelabur yang baik apabila hasil potongan dicatatkan pada 3.242% dengan perbezaan kecil sekitar 0
01:42.5 mata asas berbanding purata hasil bidaan berjaya pada 3.237%.
01:50Berdasarkan data lelongan, hasil tertinggi direkodkan pada 3.242% manakala hasil terendah berada pada 3.23%.
02:01Lelongan seterusnya dijadwalkan melibatkan terbitan baharu suku kerajaan Malaysia G2 dengan tempoh matang 7 tahun iaitu Mac 2033 melibatkan anggaran
02:13jumlah terbitan sekitar RM5 bilion tanpa sebarang penempatan persendirian.
02:20Terima kasih kerana menonton!
Comments