00:00Pelabur asing kembali kepada aktiviti penjualan di Bursa Malaysia selepas seminggu mencatatkan belian bersih secara konsisten.
00:07Menurut firma penyelidikan MBSB Research, kumpulan tersebut mencatatkan jualan bersih sebanyak RM725.6 juta minggu lalu.
00:19MBSB Research berkata pelabur asing menjadi penjual tertinggi pada Jumaat dengan jumlah RM315.8 juta.
00:27Isnin RM168.5 juta, Kamis RM138.2 juta, Selasa RM100.5 juta dan Rabu RM2.6 juta.
00:40Tiga sektor yang menyaksikan aliran keluar bersih asing tertinggi adalah perkhidmatan kewangan sebanyak RM138.4 juta,
00:49telekomunikasi dan media RM147.2 juta dan hartanah RM121.4 juta.
00:59Firma itu bagaimanapun menambah institusi tempatan kembali mencatatkan pembelian bersih sebanyak RM621.1 juta minggu lalu.
01:09Ini selepas kumpulan itu menyaksikan aliran keluar dana selama lima minggu berturut-turut.
01:15Tiga sektor utama yang menyaksikan aliran masuk bersih asing tertinggi adalah perladangan RM118.6 juta,
01:24pengangkutan dan logistik RM95.8 juta, serta amanah pelaburan hartanah RM46 juta.
01:32Sementara itu, pelabur runcit tempatan pula mula mencatatkan rentak pembelian bersih selepas seminggu menjadi penjual
01:39dengan jumlah aliran masuk sebanyak RM104.5 juta.
01:44Purata jumlah dagangan harian EDTV turut meningkat dengan peruncit dan institusi tempatan
01:49masing-masing meningkat 3.4% dan 1%, manakala pelabur asing menambah 7.4%.
01:57Asing per Cristo
02:00Bibleuk
02:00P
02:007.4%
Comments