00:00Baik niaga awal ni, jam ini dimulakan dengan laporan berikut.
00:02IJM Corp Berhad bercadang untuk keluar daripada pelaburan lebuh raya di India
00:06sebagai antara usahanya memanfaatkan nilai kepada pemegang saham.
00:11Langkah ini susulan kenyataan penasihat bebas IJM,
00:15Ma Securities Sendirian Berhad pada Jumaat lepas,
00:17bahawa tawaran pengambil alihan oleh Sunway Berhad pada harga RM3.15 sesaham
00:24sebagai tidak adil dan tidak munasabah sekaligus
00:27menyarankan pemegang saham menolak tawaran itu.
00:32Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan,
00:36Datuk Lee Chun Fai berkata,
00:38cadangan untuk keluar daripada pelaburan di India itu adalah
00:41sebahagian daripada strategi kumpulan untuk menyusun semula portfolio
00:45dan membolehkan pasaran lebih menghargai nilai aset syarikat.
00:48Chun Fai berkata, apabila IJM semakin mengembangkan perniagaan ke United Kingdom,
00:54mengurus penedahan akibat pelbagai mata wang asing
00:57menambahkan kerumitan kepada operasi kumpulan.
00:59Dalam tempoh tiga tahun lepas, operasi IJM di India merekodkan kerugian
01:04kira-kira RM184 juta.
01:07Penyusutan nilai mata wang telah menjejaskan pulangan dan standard
01:10perkaunan yang memerlukan syarikat itu menilai semula aset ini
01:13berdasarkan kadar pertukaran semasa.
01:16Oleh itu, strategi IJM adalah untuk menjana keuntungan daripada aset-aset ini
01:20dan menggunakan semula modal itu ke kawasan-kawasan
01:23yang mempunyai potensi pertumbuhan yang lebih kukuh.
Comments