Skip to playerSkip to main content
  • 18 hours ago
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel MRT Laluan Putrajaya dan menahan empat suspek berusia 30 hingga 45 tahun hasil operasi bersama Unit Polis Bantuan Prasarana dan IPK Selangor. Suspek dibawa ke lokasi kejadian untuk pengecaman dan siasatan, susulan laporan kecurian kabel di Stesen Sri Damansara Barat pada 3 Mac.
Transcript
00:00Dan selanjutnya, satu kejadian curi kabel MRT berjaya dipatahkan oleh Polis Deraja Malaysia dengan menahan empat suspek yang dipercayai terlibat
00:07dalam kecurian tersebut melibatkan laluan Putrajaya menerusi satu operasi yang dijalankan baru-baru ini.
00:14Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Amir Hamdan, dalam satu kenyataan, tangkapan tersebut terhasil daripada maklumat risikan yang
00:23digerakkan secara bersama oleh Unit Polis Bantuan Prasarana Malaysia Berhad dan Pasukan PDRM
00:29dari Ibu Pejabat Kontingen Selangor.
00:34Jelas kenyataan itu lagi kesemua suspek berusia lingkungan 30 hingga 4.5 tahun.
00:40Kesemua mereka telah dibawa ke lokasi kejadian bagi tujuan pengecaman dan membantu siasatan berkaitan barang kes yang ditemui.
00:47Dalam pada itu, Prasarana turut menyatakan bahawa satu laporan polis juga telah dibuat sebelum ini berhubung kejadian kecurian sama di
00:54Stasiun Seri Damansara Barat pada 3 masa lalu.
00:57segaligus membawa kepada penahanan empat individu berkenaan.
01:01Insiden berkenaan telah menyebabkan gangguan kepada operasi perkhidmatan MRT laluan Putrajaya selama tiga hari
01:07segaligus menimbulkan kesulitan kepada ribuan pengguna pengangkutan awam kendalian Prasarana.
01:13Selain itu, kerjasama erat antara Unit Polis Bantuan Prasarana dan PDRM akan terus diperkukuhkan melalui usaha pemantauan secara berterusan
01:22bagi memastikan kegiatan kecurian kabel dapat dibantra sepenuhnya.
01:27Beliau turut merakamkan ucapan syabas dan penghargaan kepada pasukan PDRM dari IPK Selangor
01:32atas tindakan pantas dan profesional dalam memperkas aspek serta membantu mempercepatkan proses siasatan.
01:40Prasarana menyatakan bahawa mereka akan terus memperkukuh langkah keselamatan
01:43di sepanjang jajaran MRT laluan Putrajaya termasuk meningkatkan rondaan keselamatan
01:48bagi memastikan keselamatan infrastruktur pengangkutan awam sentiasa terpelihara.
01:55Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa
01:58sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan mencurigakan
02:01yang boleh dijaskan keselamatan kemudahan pengangkutan awam negara.
02:05Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended