Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Penceramah bebas Zamri Vinoth dan aktivis Tamim Dahri dikesan memasuki Thailand melalui pintu masuk di wilayah selatan negara ini pada Khamis lepas. 

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, selanjutnya penceramah bebas, Zamri Vinov dan aktivis Tamim Dahari dikesan memasuki Thailand melalui pintu masuk di wilayah selatan negara
00:09itu pada Khamis lepas.
00:11Menurut bernama yang memetik sumber keselamatan Thailand, kedua-dua individu itu memasuki negara itu melalui jalan darat di pintu masuk
00:19sungai Golok di Naratiwat yang bersempadan dengan rantau panjang Kelantan dengan menggunakan dokumen perjalanan yang sah.
00:28Katanya laporan awal mendapati kedua-dua mereka masih berada di wilayah selatan Thailand.
00:33Pada Sabtu, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengesahkan Zamri dan Tamim yang disiasat melibatkan beberapa kes berasingan
00:41telah melarikan diri ke Thailand.
00:44Beliau berkata usaha mengesah dua individu terbabit sedang giat dijalankan dengan bantuan pihak berkuasa Thailand.
00:50Siasatan terhadap Zamri berhubung kenyataannya pada satu perhimpunan di Ibu Negara pada 7 Februari lepas telah dirujuk kepada Pejabat Peguam
00:58Negara AGC.
00:59AGC kemudiannya mengeluarkan arahan pertuduhan mengikut Seksyen 505 Kurungan B Kanon Keseksaan iaitu berkaitan kenyataan yang mendatangkan kianat awam dengan
01:09niat menyebabkan atau yang mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam.
01:14Selain itu, siasatan terhadap Zamri berhubung kenyataan berbau penghinaan terhadap kaum India telah dirujuk ke Pejabat Pendawaan Pulau Pinang dengan
01:22arahan pertuduhan di bawah Seksyen 401 Akta Hasutan 1948.
01:28Sementara itu, kertas siasatan melibatkan Tamim berhubung tindakan merosakkan solam yang merupakan simbol suci dalam agama Hindu di Tapak Lama
01:35Kuil di Langkawi Kedah telah dirujuk ke Pejabat Pendawaan Kedah dengan arahan pertuduhan di bawah Seksyen 295 Kanon Keseksaan.
01:44Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended