00:00Dua penyelam yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti menyelam di Pasir Akar Merimpak, Pulau Redang, ditemukan selamat selepas
00:10bertarung nyawa selama 12 jam malam tadi.
00:12Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azri Mohd Nur berkata mangsa Syahimi Zainal Abidin 30 tahun dan Tan Yang Song
00:2143 tahun diselamatkan sukarelawan Redang Divers di kawasan berhampiran Pulau Yu.
00:27Kira-kira 10 batu nautika dari lokasi mereka dilaporkan hilang pada jam 9.45 malam.
00:34Syahimi seorang dive master di Redang Rift Dive Center bersama Tan seorang warga negara China dipercayai dihanyutkan arus kuat ketika
00:44keluar menyelam bersama beberapa rakan pada jam 10 pagi.
00:48Selepas ditemui, kedua-dua mereka dibawa ke Klinik Kesihatan Pulau Redang sebelum dipindahkan ke Hospital Setiu untuk rawatan lanjut.
00:57Jelas Azli, kedua-dua mereka kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
01:03Pada Sabtu, dua penyelam berkenaan dilaporkan hilang selepas tidak kembali ke lokasi permulaan aktiviti.
01:10Susulan itu, polis diraja Malaysia dan pasukan polis marin melancarkan operasi mencari dan menyelamat bermula tengah hari semalam.
Comments