Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
KDEBWM menegaskan permohonan EIA bagi Loji Tenaga Hijau SIS belum ditolak dan masih disemak JAS, dengan proses tertumpu pada penambahbaikan dokumentasi serta penyusunan maklum balas awam sebelum keputusan akhir dibuat.
Transcript
00:00KDEB Waste Management ataupun KDEB WM memaklumkan proses penilaian kesan alam sekitar EIA bagi cadangan pembinaan loji tenaga hijau Sultan
00:10Idris Shah SIS masih dalam semakan Jabatan Alam Sekitar JAS dan belum ditolak.
00:17Justru itu pembangunan projek berkenaan hanya akan diteruskan selepas mematuhi sepenuhnya semua keperluan peraturan alam sekitar serta tetakluk kelulusan akhir
00:27JAS.
00:30Pengarah urusan KDEB WM Dato' Ramli Mohd Tahir dalam satu kenyataan berkata bertentangan spekulasi yang tular permohonan EIA bagi projek
00:39itu tidak ditolak dan masih berada dalam proses semakan piawayan JAS.
00:44Katanya kenyataan itu dikeluarkan berikutan perbincangan awam dan spekulasi mengenai status projek tersebut.
00:51Ujah beliau maklum balas rasmi daripada JAS serta Environmental Impact Assessment Technical Review Committee EIA TRC setakat ini tidak menunjukkan
01:02sebarang kebimbangan asas berkaitan reka bentuk cadangan projek atau kesesuaian lokasi pembangunan.
01:08Kata beliau, semakan pentadbiran yang sedang dilaksanakan merupakan sebahagian daripada proses kawal selia biasa bagi projek infrastruktur berskala besar.
01:17Ramli berkata, sebahagian besar proses ini melibatkan penambahbaikan dokumentasi dan penyusunan maklum balas daripada sesi libat urus awam yang telah
01:27dilaksanakan sepanjang dua tahun lalu yang menerima lebih 12,000 maklum balas daripada pelbagai pihak berkempetingan.
01:33Beliau berkata, JAS turut meminta penyusunan dan dokumentasi maklum balas awam tersebut diperkemas bagi memastikan setiap pandangan yang diterima direkodkan
01:44secara menyeluruh serta dinilai secara teliti dalam proses penilaian projek.
01:48Menurut beliau, cadangan pembangunan loji tenaga hijau SIS adalah komponen penting dalam strategi jangka panjang selangor untuk memodernkan sistem pengurusan
01:58sisa peperjal serta mengurangkan kebergantungan terhadap kapasiti tapak pelupusan sisa yang semakin terhad.
02:04Ujah beliau melalui penggunaan teknologi waste to energy atau sisa ketenaga WTE yang telah terbukti dan digunakan secara meluas di
02:14peringkat global sebagai kaedah selamat, terkawal dan mampan dalam pengurusan sisa peperjal.
02:20Kemudahan ini katanya berpotensi menjana tenaga boleh diperbaharui di samping menguruskan sisa domestik secara lebih cekap.
02:28Apabila beroperasi kelak, loji ini akan dilengkapi dengan sistem kawalan pelepasan yang ketat serta pemantauan alam sekitar secara berterusan bagi
02:37memastikan pelindungan kesihatan awam dan kelestarian ekosistem di kawasan sekitarnya setiasa terpelihara.
Comments

Recommended