Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Serangan udara oleh Israel Defence Forces dilaporkan berlaku berhampiran Pos MALBATT di selatan Lubnan, namun tiada anggota Malaysia cedera dan semua berada dalam keadaan selamat, menurut Kementerian Pertahanan.
Transcript
00:00Serangan udara oleh Israel Defense Forces IDF dilaporkan berlaku berhampiran Pus Betilin Malaysia Malbat 8.50.13 di selatan Lubnan
00:11awal pagi Jumaat.
00:13Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Khalid Nordin mengesahkan tiada anggota Malaysia cedera dan semua berada dalam keadaan selamat.
00:24Menerusi kenyataan jelasnya serangan pertama berlaku pada 2.35 pagi waktu tempatan pada 13 Mac dengan jarak sekitar 100 hingga
00:32200 meter dari Pus Kawalan Malbat 8.50-13 di kawasan operasi Unifil.
00:39Serangan itu dipercayai menyasarkan sebuah jambatan yang melintasi Sungai Litani sebelum serangan susulan pada 3.02 pagi menyebabkan kerosakan pada
00:49beberapa fasiliti dan penginapan anggota.
00:51Ketiga kejadian seorang pegawai bersama 8 anggota Malbat yang berada di Pus Kawalan diarahkan berundur oleh pusat operasi taktikal sebagai
01:00langkah keselamatan.
01:01Mereka kemudian bergerak bersama 12 anggota Angkatan Tentera Lubnan ke lokasi selamat dan tiba pada 4.12 pagi waktu tempatan.
01:10Tiada kecederaan dilaporkan dan semua senjata serta peralatan berada dalam keadaan selamat manakala pemeriksaan kesihatan turut dilakukan ke atas semua
01:19anggota.
01:20Kementerian Pertahanan menegaskan keselamatan anggota Angkatan Tentera Malaysia dalam misi pengaman luar negara sentiasa menjadi keutamaan dan perkembangan situasi akan
01:29terus dipantau bersama Unifil serta pasukan pengaman lain.
Comments

Recommended