Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Harga minyak global melonjak melepasi AS$100 setong selepas pengurangan pengeluaran di beberapa negara Teluk dan penutupan Selat Hormuz, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap bekalan dunia.
Transcript
00:00Terkini, harga minyak mentah melonjak melepasi para $100 Amerika setong pada awal pagi ini selepas beberapa pengeluar utama di Asia
00:08Barat mengurangkan pengeluaran. Ia sesuai penutupan berterusan selat humus akibat konflik Iran-Amerika-Israel.
00:18Pada 6.12 pagi waktu Malaysia, penanda aras Amerika West Texas Intermediate WTI meningkat 18.98% atau $17.25
00:28Amerika kepada $108.15 Amerika setong.
00:33Penanda aras Global Brand pula naik 16.19% atau $15.01 Amerika kepada $107.70 Amerika setong.
00:43Minggu lalu, harga WTI melonjak hampir 35% kenaikan mingguan terbesar sejak dagangan hadapan bermula pada 1983.
00:51Kenaikan harga melepasi para $100 Amerika setong kali terakhir berlaku pada awal 2022 berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
01:00Menurut laporan media antarabangsa, Kuwait pengeluar kelima terbesar dalam OPEC mengumumkan pada Sabtu pengurangan pengeluaran minyak dan penyulingannya sebagai langkah
01:08berjaga-jaga susulan ancaman Iran terhadap keselamatan laluan kapal di selat humus.
01:14Bagaimanapun, Kuwait Petroleum Corporation tidak menjelaskan jumlah pengurangan tersebut.
01:18Irak pengeluar kedua terbesar dalam OPEC turut berdepan penyusutan drastik.
01:22Pengeluaran daripada tiga medan minyak utama di selatan negara itu dilaporkan merosot 70% kepada 1.3 juta tong sehari
01:31berbanding 4.3 juta tong sebelum tercetusnya konflik semasa, menurut tiga pegawai industri kepada Reuters.
01:38Sementara itu, Emeriah Arab Bersatu UAE pada Sabtu memaklumkan sedang menguruskan tahap pengeluaran luar pesisi dengan teliti bagi memenuhi keperluan
01:46penyimpanan minyak walaupun operasi dataran Abu Dhabi National Oil Company dilaporkan masih berjalan seperti biasa.
01:53Negara-negara teluk mengambil langkah mengurangkan output kerana kapasiti penyimpanan semakin terhad.
01:58Pendutupan selat humus menyebabkan lambakan minyak mentah tanpa destinasi, manakala kapal tangki enggan melalui laluan tersebut kerana risiko serangan Iran.
02:07Sekitar 20% penggunaan minyak dunia dibekalkan melalui selat berkenaan.
02:12Konflik dirantau itu terus berlarutan meskipun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa perang tersebut telah dibenangi.
Comments

Recommended