Skip to playerSkip to main content
  • 12 hours ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan bahawa pemimpin tertinggi baharu Iran tidak akan bertahan tanpa persetujuan Washington, sambil menyifatkan langkah itu sebagai strategi mengelakkan konflik masa depan.
Transcript
00:00Dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pemimpin tertinggi baru Iran tidak akan dapat bertahan tanpa persetujuan Washington.
00:07Trump berkata mana-mana calon yang bakal menggantikan pemimpin tertinggi Iran harus mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pentadbiran beliau.
00:16Jika tidak, mereka tidak akan kekal lama pentadbir negara itu.
00:21Selain itu, Trump berpandangan bahawa langkah strategik sedemikian adalah perlu bagi mengelakkan maka syarikat terheret ke dalam konflik baharu dengan
00:28Iran pada masa depan.
00:30Tegas Trump, beliau tidak mahu Amerika terpaksa berdepan ancaman lebih besar dalam tempoh lima tahun akan datang atau membiarkan Iran
00:35memperoleh senjata nuklear.
00:38Tambah Trump, terlalu ramai individu lain yang berkelayakan dan jika perkara tersebut diusurkan kepada Washington, pentadbiran beliau bersedia untuk meluluskannya.
00:46Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi bagaimanapun menegaskan pemilihan pemimpin tertinggi negara itu adalah hak eksklusif rakyat Iran tanpa sebarang campur
00:54tangan asing.
00:54Sebelum ini, media antarabangsa memaklumkan Trump dijangka terlibat secara langsung dalam proses pemilihan tersebut dan menolak calon popular Mujtaba Khamenei,
01:03anak kepada pemimpin tertinggi yang terbunuh sebagai tidak meyakinkan.
01:07Trump terus mendakwa Iran sebelum ini merancang untuk menguasai seluruh Asia Barat sebelum serangan Amerika Syarikat dan Israel menghentikan langkah
01:13tersebut.
01:14Pada Isnin, Iran memutabatkan pelantikan Mujtaba, anak kedua kepada Ayatullah Ali Khamenei sebagai pemimpin agung baharu negara itu.
01:21Ia bagi mengisi kekosongan jawatan susulan kematian Ali Khamenei dalam serangan udara bersama oleh Amerika Syarikat dan Israel pada 28
01:28Februari lalu.
Comments

Recommended