Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
Perbicaraan kes Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan penyalahgunaan kedudukan dan penerimaan wang RM200 juta hasil aktiviti haram akan bermula esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dengan prosiding dijadualkan pada jam 9 pagi di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin.
Transcript
00:00Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan menerima RM200 juta, hasil aktiviti haram
00:09akan bermula esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
00:13Timbalan pendakwa raya Datuk Wan Syaharuddin Wan Ladin berkata, proseding akan bermula pada jam 9 pagi di hadapan hakim Nur
00:20Ruwena Madnordin.
00:24Perbicaraan akan bermula dengan pihak pendakwaan menyampaikan kenyataan pembukaan yang menggariskan pertuduhan serta bukti terhadap tertuduh dan dua saksi akan
00:34memberi keterangan.
00:36Perbicaraan dijadual berlangsung selama 29 hari dari 9 Mac hingga 27 Ogos.
00:42Kira-kira 30 saksi pendakwaan akan dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu.
00:48Pada 7 Oktober 2025, Jabatan Peguam Negara menolak representasi Muhyiddin bagi menggugurkan tujuh pertuduhan terhadapnya.
00:58Muhyiddin berusia 78 tahun yang ketika kejadian memegang jawatan Perdana Menteri dan Presiden Bersatu didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan
01:07beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM232.5 juta
01:12berkaitan projek jana wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhari Ikuiti Sendirian Belhad, Napturis Sendirian Belhad dan Mamfor Sendirian Belhad serta
01:23Datuk Azman Yusof bagi parti berkenaan.
01:26Kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.
01:32Ahli Parlimen Paguh itu didakwa mengikut Seksyen 23-1 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
01:41Beliau juga berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhari Ikuiti Sendirian Belhad
01:50yang dimasukkan ke akaun MBank dan CIMB Bank Milik Bersatu antara Februari 2021 dan Julai 2022.
Comments

Recommended