00:00Rundingan berhubung geran khas Sarawak di bawah perkara 112 di Perlembagaan Persekutuan dijangka diputuskan dalam mesyuarat tertinggi Matlis Tindakan Pelaksanaan
00:09Perjanjian Malaysia 1963 MTPMA 63 yang dijangka berlangsung sekitar Mei atau Jun depan.
00:16Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perbincangan berkaitan formula pembahagian hasil cukai untuk Sarawak itu masih diperincikan antara
00:24Kementerian Keuangan dan Pejabat Setiausaha Keuangan Sarawak sebelum sebarang keputusan dimutamatkan di peringkat Matlis Tertinggi.
00:35Menurutnya mesyuarat tersebut bertujuan mengemaskini perkembangan perkara-perkara yang telah dipersetujui serta isu yang masih memerlukan penelitian lanjut sebelum dibawa
00:46ke peringkat lebih tinggi.
00:47Bagaimanapun semua keputusan di peringkat teknikal itu perlu dibawa terlebih dahulu untuk pengesahan di mesyuarat MTPMA 63 yang dipengerusikan oleh
00:57Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dihadiri Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak.
01:01Beliau berkata demikian ketika mengulas hasil mesyuarat jawatan kuasa teknikal di bawah Matlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 MTPMA 63
01:13yang pertama tahun 2026 di Putrajaya baru-baru ini.
Comments