Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Amerika Syarikat memberi pengecualian sementara selama 30 hari kepada India untuk membeli minyak Rusia yang terkandas di laut bagi memastikan bekalan tenaga global terus stabil.

Transcript
00:00Amerika Syarikat memberi pengecualian sementara selama 30 hari kepada India bagi membeli minyak dari Rusia yang kini terkandas di laut.
00:10Setiausaha perbendaharaan, Scott Batson berkata, langkah itu diambil bagi memastikan aliran bekalan minyak ke pasaran global tidak terganggu di tengah
00:20ketegangan geopolitik yang menjejaskan rantaian tenaga dunia.
00:26Menerusi hantaran di PlatformX, katanya Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat telah mengeluarkan pengecualian sementara itu bagi membolehkan penapis minyak di India
00:35membeli minyak Rusia yang terkandas di laut.
00:38Beliau menegaskan langkah berkenaan hanya bersifat sementara dan tidak akan memberikan manfaat kewangan besar kepada kerajaan Rusia kerana ia melibatkan
00:48urus niaga terhadap minyak yang telah berada di laut.
00:50Washington bagaimanapun menjangkakan India akhirnya akan meningkatkan pembelian minyak daripada Amerika Syarikat.
00:58Dalam masa sama, India dikatakan terdedah kepada kejutan bekalan tenaga kerana stok minyak mentah negara itu hanya mampu menampung kira
01:06-kira 25 hari permintaan domestik.
01:09Sebahagian besar import tenaga India iaitu sekitar 40% diperoleh dari Asia Barat melalui Selat Hormuz, salah satu leluan penghantaran
01:18minyak strategik di dunia.
01:20Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended