Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Pengurangan fi lesen operasi gim dilihat membantu pengusaha kecil menstabilkan kos perniagaan ketika penyelenggaraan peralatan staf dan pembersihan meningkat, menurut Pengurus Besar, Fitcave, Saiful Iskandar.
Transcript
00:00Pengurangan kadar fee lesen operasi gymnasium dilihat memberi kelegaan kepada pengusaha kecil dalam industri kecegasan yang berdepan tekanan kos operasi
00:09serta persaingan daripada pemain industri berskala besar.
00:12Menurut pengurus besar Fit Cave Saiful Iskandar, pemain besar lazim yang punya kelebihan dari segi sumber kewangan serta jumlah ahli
00:19yang jauh lebih besar,
00:20sekaligus membolehkan mereka menawarkan pelbagai promosi atau diskaun kepada pelanggan.
00:26Kalau tak ada pun pengguna masih lagi boleh mencari option yang lain yang kena dengan bajet masing-masing sebab gym
00:34pun ada macam-macam jenis.
00:35Kita ada gig process, kita ada membership, kita ada personal training studio, kita ada martial arts dan sebagainya.
00:42So kalau kita nak cerita pasal bajet, kita nak cerita pasal diskaun dan sebagainya, kita sebagai taxpayer pun kita dah
00:49boleh claim kita punya tax untuk sports activity
00:51untuk gym membership kita. So dekat situ kita dah dapat benefit, kita dah dekat sebelah satin.
00:56Apa yang saya nampak untuk pengurangan fee lesin ni dia lebih kepada untuk memberi ruang bernafas kepada pengusaha gym.
01:04Dalam masa sama, pengurangan fee lesin operasi dilihat lebih memberi ruang kepada pengusaha untuk menstabilkan operasi perniagaan mereka.
01:12Ini kerana peningkatan jumlah pelanggan juga boleh membawa kepada pertambahan kos seperti penyelenggaraan peralatan, kos pembersihan serta keperluan menambah tenaga
01:22kerja.
01:22Mengenai keperluan lesin tambahan bagi penjualan suplemen, bila berpendapat, langkah itu mempunyai rasional tersendiri.
01:29Membandangkan pihak berkuasa tempatan perlu memastikan produk yang dijual adalah selamat dan mematuhi peraturan.
01:35Katanya, suplemen terdapat dalam pelbagai jenis dan perlu dipastikan selamat serta mempunyai kelulusan yang diperlukan.
01:42Justeru, ujah beliau, pihak berkuasa mungkin memerlukan dokumentasi lebih lengkap untuk memantau berkaitan perkara ini.
01:48Bagaimanapun, beliau mengakui penjualan produk tambahan seperti suplemen, minuman atau barangan jenama gym merupakan antara sumber pendapatan penting bagi pengusaha.
01:57Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa dapat mempertimbangkan kelonggaran tertentu bagi memastikan pengusaha kecil tidak terbeban dengan proses pelesenan yang
02:06terlalu rumit.
Comments

Recommended