Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Usaha Demokrat untuk menghentikan tindakan ketenteraan yang dilaksakan pentadbiran Donald Trump terhadap Iran gagal selepas majoriti Senator Republikan menolak usul berkenaan dalam undian yang diadakan pada Rabu.
Transcript
00:00Baik usaha, Demokrat untuk menghentikan tindakan ketenteraan dilancarkan pentadbiran Donald Trump ke atas Iran gagal selepas majoriti Senator Republikan menolak
00:09usul berkenaan dalam undian yang diadakan pada Rabu.
00:11Usul tersebut ia dibentangkan sebagai War Powers Resolution bertujuan memastikan sebarang tindakan ketenteraan tambahan memerlukan kelulusan Kongres.
00:23Ia bagaimanapun tewas dengan undian 47 menyokong dan 53 menolak.
00:28Sekiligus menunjukkan sokongan awal Republikan terhadap operasi ketenteraan yang semakin berkembang di Asia Barat tanpa strategi keluar yang jelas.
00:37Situasi tegang itu turut menyaksikan Senator-Senator Demokrat memenuhi Dewan dan kekal berada di tempat duduk masing-masing sewaktu undian
00:44berlangsung.
00:45Ia adalah satu simbol bahawa isu tersebut membawa implikasi besar terhadap anggota tentera Amerika Syarikat serta kestabilan serantau.
00:53Ketua Minoriti Demokrat Chuck Schumer sebelum ini menegaskan bahawa undian itu menentukan semakda Kongres akan berpihak kepada rakyat yang semakin
01:01letih dengan konflik berpanjangan di Asia Barat
01:03atau menyokong keputusan Trump meneruskan tindakan ketenteraan tanpa mandat Kongres.
01:09Republikan bagaimanapun mempertahankan pendirian mereka dengan Senator John Barrasso menegaskan bahawa langkah Demokrat itu hanya akan melemahkan usaha memusnahkan keupayaan
01:18nuklear Iran.
01:19Republikan menegaskan Presiden mempunyai kuasa yang mencukupi untuk bertindak bagi melindungi kepentingan keselamatan negara.
01:27Ketegangan memuncak selepas serangan Amerika Syarikat terhadap Iran pada Sabtu lalu yang mendorong pentadbiran Trump untuk memberikan taklimat berkala kepada
01:35Kongres.
01:36Setusaha pertahanan, Pete Hexed menjangkakan operasi ketenteraan tersebut mungkin berlarutan sehingga 8 minggu
01:42dan mengakui bahawa Iran masih berupaya melancarkan serangan peluru berpandu walaupun ruang udara negara itu sedang dikawal oleh Amerika Syarikat.
01:50Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended