00:00Sembangan keperluan asas Sarawak SKAS akan mula disalurkan kepada penerima yang layak bermula 10 Mac ini menerusi platform SP Global.
00:10Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak UKAS, perkara itu dimaklumkan pada mesyuarat penyelarasan Majlis Pelancaran SKAS Peringkat Bahagian Kapit yang
00:19diadakan di Kompleks Kerajaan Negeri Kapit bagi memastikan pelaksanaan program berjalan lancar teratur dan mencapai sasaran ditetapkan.
00:26Pemangku Residen Bahagian Kapit Robert Liman Daly berkata penyelarasan amat penting bagi memastikan bantuan dapat dikreditkan kepada penerima tanpa sebarang
00:36kekeliruan atau masalah teknikal.
00:38Menurut beliau, kerjasama bersepadu antara semua agensi terlibat perlu diperkukuh khususnya melibatkan aspek teknikal, logistik serta hebahan maklumat kepada kumpulan
00:50sasar.
00:51UKAS turut melaporkan Majlis Pelancaran SKAS Peringkat Sarawak dijadualkan berlangsung di Kuching pada 7 Mac ini.
00:59Sebelum itu, para penerima diingatkan supaya memastikan aplikasi SP Global masing-masing berada dalam keadaan aktif dan boleh diakses bagi
01:08mengesahkan kemasukan bantuan yang disalurkan.
Comments