Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Jabatan Peguam Negara berkata tertuduh akan didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan [Akta 574] atas kesalahan mencemarkan objek yang dianggap suci oleh penganut agama Islam, iaitu al-Quran.
Transcript
00:00Seterusnya, seorang pelajar yang sebelum ini disiasat kerana tindakan memijak Al-Quran akan berdepan dua pertuduhan di mahkamah esok.
00:08Menurut Jabatan Pugam Negara, tertuduh akan didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Kesiksaan atas kesalahan mencemarkan objek yang dianggap suci oleh
00:18penganut Islam atau agama Islam, iaitu Al-Quran.
00:23Jelas Jabatan itu tertuduh mencemarkan kesucian Al-Quran dengan perbuatan memijaknya walaupun mengetahui tindakan itu merupakan satu penghinaan terhadap agama
00:34Islam.
00:34Lelaki berkenaan turut akan didakwa di bawah Seksyen 233 Kerungan 1 Kerungan A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menghasil
00:44dan memulakan penghantaran komunikasi yang bersifat amat jelek melalui aplikasi TREX dengan niat untuk menyakiti hati pihak lain.
00:52Kedua-dua pertuduhan itu akan dikemukakan di mahkamah yang mempunyai bidang kuasa pada 3 Mac 2026.
00:58Jabatan Peguam Negara memaklumkan keputusan untuk meneruskan pendawaan dibuat selepas meneliti kertas siasatan yang dikemukakan polis diraja Malaysia berhubung insiden
01:08yang berlaku di Kuantan, Pahang.
01:10Menurutnya lagi, hasil penelitian menyeluruh menepati terdapat bukti yang mencukupi bagi membolehkan pertuduhan difailkan terhadap individu terbabit.
Comments

Recommended