00:00Operasi mencari dan menyelamat SAR di sebuah sekolah rendah yang terkena serangan Israel Amerika di Bandar Minab telah berakhir.
00:08Perkara itu disahkan pegawai Iran pada Isnin yang turut sahkan jumlah kematian muktamad iaitu 165 orang.
00:18Gaben Minab Muhammad Rademar berkata dalam kenyataan yang dipetik oleh media kerajaan Iran,
00:22pasukan tindak balas kecemasan, ahli kumpulan separa tentera sukarela tempatan dan penduduk mengambil bahagian dalam operasi pembersihan runtuhan di Sekolah
00:31Shajareh Tayabeh.
00:33Sekolah itu diserang pada pagi Sabtu ketika Amerika dan Israel melancarkan pengeboman besar-besaran di beberapa wilayah di seluruh Iran.
00:42Bangunan itu ranap ketika sesi persekolahan sedang berlangsung.
00:45Pegawai pengurusan bencana tempatan mengambil masa lebih 24 jam untuk membersihkan nuntuhan dan mengeluarkan semua 165 mayat.
00:5596 yang lain, cedera dalam serangan itu, kebanyakannya adalah pelajar.
01:00Rademar berkata upacara pengebumian bagi pelajar yang terkorban akan diadakan pada selasa.
01:06Presiden Iran, Masud Pezashkian dan Menteri Luar Abbas Araqqi masing-masing mengutuk serangan tersebut dalam kenyataan berasingan.
01:15Terima kasih telah menonton!
Comments