00:00Polis menahan sembilan warga tempatan termasuk tiga wanita yang dipercayai terlibat dalam kegiatan curi kabel di Seksyen 3 Sya'alam
00:07dua minggu lepas.
00:09Ketua Polis Selangor, Dato' Syazli Kaha berkata penahanan dilakukan dalam serbuan di beberapa lokasi antara 23 hingga 26 Februari.
00:19Kesemua suspek berusia antara 19 hingga 44 tahun ditahan di sekitar Denkil, Selangor, Sungai Pertanian Kedah dan Ipoh, Perak.
00:27Syazli berkata penahanan itu turut menyelesaikan kes serupa yang pernah dilaporkan di Jinjang, Kuala Lumpur serta Kupang dan Padang Serai
00:37Kedah.
00:38Semakan rekod-rekod jenayah mendapati sebagian besar daripada yang ditangkap ini adalah penjenayah-penjenayah tegar dengan pelbagai rekod lampau melibatkan
00:50kes-kes jenayah seperti kecurian, samun serta penyalahgunaan dadah.
00:56Termasuk ada dua suspek yang masih ada rekod senarai dikendaki iaitu wanted list.
01:05Selain itu, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mengesahkan seramai tujuh suspek adalah positif untuk dadah jenis amphipetamin, metafetamin
01:19dan juga THC.
01:20Katanya dalam serbuan itu, polis menyita tiga kenderaan termasuk pacuan empat roda dan lori, 12 batang kabel serta 20 unit
01:29kulit kabel milik sebuah syarikat telekomunikasi selain peralatan seperti pemotong kabel, kapak dan besi yang diubah suai.
01:37Sindikat itu juga didapati menggunakan kelengkapan penyamaran seperti vest dan baju berlogo syarikat telekomunikasi, lampu serta topi keselamatan.
01:46Siasatan lanjut menemukan dokumen transaksi jual-beli dan salinan resit bank berjumlah RM60,000.
01:53Semua suspek akan dituduh di bawah Seksyen 379 dan Seksyen 414 Kanun Ketiasaan.
01:58Polis kini memburu tiga lagi suspek lelaki warga tempatan berusia antara 29 hingga 42 tahun bagi membantu siasatan.
Comments