Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Dakwa tentera rejim Israel, serangan itu sebagai tindak balas ke atas serangan yang dilancarkan Hezbollah.
Transcript
00:00Beberapa kawasan di Beirut, Lubnan dibom tentera Israel pada Isnin.
00:05Menurut tentera Israel, serangan itu didakwa sebagai tindak balas atas Hezbollah yang melancarkan peluru berpandu dan ron ke atas negara
00:13haram itu.
00:15Menerusi beberapa rakaman yang disiakan, asap tebal kelihatan menjulang tinggi susulan serangan terbabit.
00:22Tentera Israel mendakwa sudah memberi amaran kepada penduduk supaya berpindah dari kawasan yang disasarkan sebelum serangan dilancarkan.
00:30Seorang pegawai tentera rejim memaklumkan serangan tersebut merupakan sebahagian daripada operasi lebih besar yang menyasarkan infrastruktur Hezbollah.
00:39Pihak berkuasa Lubnan melaporkan terdapat korban serta keadaan panik dalam kalangan penduduk awam yang melarikan diri dari kawasan terjejas.
00:48Bagaimanapun angka korban rasmi akibat serangan itu belum dapat dipastikan.
00:53Israel sebelum itu dilaporkan melancarkan beberapa serangan ke atas ibu negara Lubnan pada awal pagi Isnin.
01:00Sebelum serangan terbaharu itu, Kementerian Kesehatan Lubnan memaklumkan sekurang-kurangnya 31 terbunuh dalam serangan Israel di pinggir selatan Beirut, kawasan
01:09yang menjadi kubu kuat Hezbollah.
01:10Terima kasih.
01:12Terima kasih.
01:12Terima kasih.
01:12Terima kasih.
Comments

Recommended