Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Keadaan banjir di daerah Beaufort yang dilaporkan luar biasa sejak beberapa hari lalu terus memberi kesan besar kepada penduduk di beberapa buah kampung.
Transcript
00:00Baik, keadaan banjir di daerah Buford yang dilaporkan luar biasa sejak beberapa hari lalu
00:05terus memberi kesan besar kepada penduduk di beberapa buah kampung.
00:09Namun, di sebalik kesusahan yang dihadapi masyarakat di sana,
00:13beberapa pertubuhan dan agensi tempatan melaksanakan misi prihatin
00:17bagi menyalurkan bantuan ke kawasan terjejas.
00:22Menerusi misi tersebut, JCI Lahad Datu dengan kerjasama Skod Anti Dadah Negeri Sabah
00:27turun padang untuk menyalurkan 1,300 katan air mineral pada penduduk di beberapa kampung sekitar daerah Buford.
00:34Ketua Penasihat Undang-Undang JCI Lahad Datu, Sarah Petrus, yang mengetuai misi tersebut berkata
00:39pihaknya mewakili JCI Lahad Datu berasa bertanggungjawab untuk membantu penduduk
00:44yang sedang berdepan cabaran mendapatkan bekalan air bersih.
00:48Mewakili JCI Lahad Datu ingin menyatakan keprihatinan kami terhadap situasi banjir yang melanda Buford
00:54dan memberi kesan kepada banyak keluarga khususnya dari segi ases bekalan air bersih yang selamat diminum.
01:01Air bersih merupakan keperluan asas terutamanya dalam keadaan masa banjir yang berisiko terhadap kesihatan.
01:08Selain itu, Pengurusi Skod Anti Dadah Sabah, Datuk Mazlan Johari Manan berkata
01:12sumbangan tersebut merupakan hasil kutipan dan inisiatif bersama JCI
01:16khusus untuk membantu meringankan beban penduduk
01:19yang ketika ini berdepan dengan kekurangan bekalan asas akibat banjir.
01:24Saya dan kita pada hari ini, JCI, terutamanya JCI Lahad Datu bersama dengan skuad anti dadah negeri Sabah
01:30bergerak ke beberapa buah kampung di daerah Buford
01:33untuk menyampaikan 1,300 katan mineral untuk beberapa buah kampung.
01:40Memanglah jumlahnya tidak mencukupi,
01:43tetapi bolehlah seadanya untuk membantu meringankan beban sekit sebanyak masyarakat kampung
01:48yang terlibat dalam musibah banjir di daerah Buford pada kali ini.
01:53Pasukan terbabit memasuki beberapa kampung yang terputus hubungan atau sukar diakses
01:57bagi memastikan bantuan sampai terus kepada mereka yang memerlukan.
02:01Antara kampung tersebut ialah Kampung Luagan, Kampung Lupak, Kampung Lukut, Kampung Kabajang
02:07serta Asrama SMK Gadong.
Comments

Recommended