Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Semua pihak perlu menghormati adab perbezaan pandangan dan ia dapat dirungkai dengan fokus utamanya adalah untuk mencari kebenaran dan bukannya memecahbelahkan.
Transcript
00:00Meskipun ada pihak tertentu memilih pendekatan mahkamah, kaedah rundingan menerusi Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 atau MTP MA63 kekal sebagai
00:11saluran utama penyelesaian segala pertikaian dan tuntutan berkaitan MA63.
00:16Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Datuk Mustafa Sakmud berkata, kerajaan kini memperlihatkan keterbukaan untuk mengadakan
00:26rundingan, seterusnya menyelesaikan banyak perkara atas persetujuan semua pihak.
00:34Jelas ahli parlimen sepanggar itu sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, beliau cuba mengharmonikan pandangan dua
00:42wilayah itu dan kerajaan persekutuan untuk mencari titik persamaan.
00:45Ujarnya, semua pihak perlu menghormati adab-adab perbezaan pandangan dan berharap perbezaan pandangan itu dapat dirungkai dengan fokus utamanya adalah
00:54untuk mencari kebenaran, bukannya memecah belahkan.
00:58Mustafa juga menghargai ahli parlimen dari Semenanjung turut mengambil bahagian secara aktif dalam perbahasan berkaitan MA63 di Dewan Rakyat dan
01:05Dewan Negara selain mengemukakan soalan berkaitan pelaksanaannya.
01:09Beliau berkata sebelum ini, ramai yang melihat isu MA63 seolah-olah hanya isu wilayah yang membabitkan negeri Sabah dan Sarawak
01:16sahaja dan kurang menjiwai sejarah di sebalik perjanjian itu yang menjadi asas kepada pembentukan Malaysia.
Comments

Recommended