Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah pelaksanaan aktiviti tidak selaras dengan objektif penubuhan atau mandat syarikat, keanggotaan Lembaga Pengarah yang tidak mematuhi Perlembagaan Syarikat atau saranan Perdana Menteri, serta kegagalan menubuhkan Jawatankuasa Audit.
Transcript
00:00Seterusnya jawatankuasa kira-kira wang negara PSC memutuskan untuk memulakan proseding siasatan berhubung beberapa isu yang dibangkitkan dalam laporan Ketua
00:09Audit Negara atau LKN Bilangan 1-2026.
00:13Pengurusnya Datuk Mas Hermiati Samsudin berkata keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan mendengar taklimat daripada Ketua Audit Negara mengenai dua
00:23laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat bulan lepas.
00:28Dalam taklimat tersebut, Jabatan Audit Negara membangkitkan pelbagai isu yang dikenal pasti mempunyai unsur ketidakteraturan serius serta kelemahan dalam pelaksanaan
00:38program, aktiviti dan projek.
00:41Mas Hermiati berkata melalui peluasan Akta Audit dan pelaksanaan sistem e-Self Audit, Jabatan Audit Negara telah menjalankan pengauditan terhadap
00:491,856 badan lain termasuk syarikat yang diwartakan.
00:53Berdasarkan penelitian Jabatan Kuasa ini terhadap pembentangan dan juga analisis dokumen laporan Ketua Audit Negara tersebut,
01:02PSC mendapati wujudnya pelbagai kelemahan sistemik, pelanggaran tata kelola yang amat membimbangkan serta ketirisan peruntukan wang awam.
01:12PSC sentiasa memandang serius terhadap obligasi kita, terhadap semak dan imbang bagi memastikan setiap sen wang pembayar cukai diuruskan dengan
01:21tahap integriti, ketelusan dan kecukapan yang tertinggi.
01:26Antara kelemahan yang dikenalpasti ialah pelaksanaan aktiviti tidak selaras dengan objektif penubuhan atau mandat syarikat,
01:33keanggotaan lembaga pengarah yang tidak mematuhi perlembagaan syarikat atau saranan Perdana Menteri,
01:39serta kegagalan menubuhkan jawatan kuasa audit.
01:41Lebih membimbangkan, masih terdapat badan lain serta syarikat yang tidak pernah di audit sebelum ini.
01:47Subungan itu, proseding akan dimulakan terhadap tiga perkara utama,
01:50iaitu pengurusan dan tadbir urus di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM,
01:55program penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi,
01:58serta pengurusan syarikat pelaburan Hartanah Berhad atau PHP.
02:03Tarikh proseding serta senarai saksi yang akan dipanggil bagi memberi keterangan dan perjelasan akan diumumkan kemudian.
Comments

Recommended