00:00Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia MAPIM menggesa kerajaan mengambil langkah proaktif susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat akibat serangan ketenteraan
00:10terhadap Iran.
00:11Presidennya Muhammad Azmi Abdul Hamid berkata, isu itu bukan sekadar konflik luar negara, sebaliknya berkait langsung dengan keselamatan dan kepentingan
00:20strategik Malaysia.
00:23Menurut Muhammad Azmi, MAPIM telah mengemukakan carangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Malaysia tidak sekadar mengeluarkan kenyataan
00:32diplomatik rutin, sebaliknya memimpin gerakan dengan lebih tegas di pentas antarabangsa.
00:37Kita telah menyatakan bahawa kita mesti berperanan secara proaktif kerana Malaysia punya satu imej yang sangat dihormati.
00:47Jadi saya telah menyeru supaya Perdana Menteri boleh melihat deklarasi kita itu dan ada saranan kita peranan Malaysia mengangkat isu
00:58ini ke peringkat OIC, ke peringkat PBB dan memimpin kerana tak banyak negara yang sekarang yang berani untuk menyatakan dan
01:08melakukan tindakan.
01:09Dalam masa sama, Muhammad Azmi berpandangan konflik berpanjangan boleh menjejaskan harga minyak global, kestabilan perdagangan dan meningkatkan tekanan inflasi.
01:19Sehubungan dengan itu, beliau menegaskan keperluan Malaysia untuk terus memainkan peranan sebagai pemuda cara keamanan.
01:26Terima kasih telah menonton!
Comments