Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Satu operasi bersepadu Polis Keningau di Bandar Baru Bataras mendedahkan sebuah acara perlumbaan yang dijalankan tanpa kebenaran, didapati dicemari penyalahgunaan dadah, pertaruhan haram dan penyertaan ramai remaja serta belia.
Transcript
00:00Satu acara balapan yang dijalankan tanpa sebarang kebenaran pihak berkuasa didakwa dicemari dengan unsur tidak sihat termasuk penggunaan bahan telarang
00:08serta unsur pertaruhan haram.
00:10Menurut Ketua Polis Dera Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai, dalam satu kenyataan memaklumkan, OPS bersepadu di kawasan bandar baru Bataras
00:22itu mendapati kebanyakan peserta yang menyertai acara itu merupakan golongan remaja dan juga belia.
00:31Tambah Yampil, operasi tersebut membabitkan 36 pegawai dan anggota dan telah dijalankan dari jam 11.30 malam sehingga 3 pagi
00:40pada Sabtu lalu.
00:42Hasil pemeriksaan lanjut menemukan bahan disyaki dadah jenis metafetamin serta minuman dipercayai air ketum.
00:49Selain itu, seorang lelaki ditahan di bawah Seksyen 12 Kurungan 3 Akta Dada Berbahaya 1952, manakala 10 lelaki lagi ditahan
00:58di bawah Seksyen 6 Kurungan 1 Kurungan C Akta Imigresen 1959 Palang 63 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang
01:07sah.
01:07Sementara itu, bahagian trafik turut mengeluarkan 25 saman atas pelbagai kesalahan.
01:13Menurut Yampil lagi, secara keseluruhan, seramai 130 individu dan 105 kenderaan telah diperiksa sepanjang operasi.
01:22Ketua Polis Keningau itu dalam kenyataan turut menjelaskan bahawa tindakan penguatkuasaan itu bukan bertujuan menghalang penganjuran sukan, sebaliknya dilakukan atas
01:32faktor keselamatan serta mengambil kira kewujudan unsur pertaruhan dan penyalahgunaan bahan telarang.
01:39Namun dalam kes ini, aktiviti tersebut dijalankan di atas jalan raya awam tanpa kebenaran, selain melibatkan pertaruhan wang dan penyalahgunaan
01:48bahan telarang.
01:49Beliau menambah, tindakan yang diambil adalah berasaskan maklumat dan bukti yang diperoleh sepanjang operasi selaras dengan peruntukan undang-undang sedia
01:58ada.
Comments

Recommended