00:00Arab Saudi memintas peluru berpandu Iran yang menyasarkan lapangan terbang antarabang Seriyad dan pangkalan udara Putera Sultan yang menempatkan anggota
00:08tentera Amerika Syarikat.
00:10Sumber diteluk memaklumkan pertahanan udara berjaya memintas peluru berpandu Iran berhampiran lapangan terbang Riyad dan pangkalan udara Putera Sultan pada
00:18petang Ahad.
00:21Tambah sumber yang enggan dikenali itu, tindakan Arab Saudi memintas peluru berpandu tersebut tidak mengganggu operasi penerbangan atau menyebabkan sebarang
00:30kerugian nyawa dan harta benda.
00:32Seorang saksi berhampiran lapangan terbang berkata beliau melihat dan mendengar pertahanan udara memintas peluru berpandu di langit.
00:40Penduduk dan wartawan media asing juga melaporkan terdengar letupan di Timur Riyad.
00:45Sebelum peringkatan ketegangan, Arab Saudi berkata ia tidak akan membenarkan wilayah, ruang udara atau perairannya digunakan untuk menyerang Iran, bekas
00:55musuh ketatnya, namun jaminan itu tidak diendahkan.
00:58Sejak pagi Sabtu, Iran melancarkan serangan meluas di seluruh rantau itu menyasarkan pangkalan tentera dan infrastruktur awam diteluk.
01:06Lapangan terbang di Dubai, Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu iaitu UAE, Kuwait dan Manama Bahrain teruk menjadi sasaran serangan dengan
01:15pihak berkuasa melaporkan satu kematian di ibu negara UAE dalam insiden dikemudahan tersebut.
01:21Arab Saudi menempatkan pangkalan dan anggota tentera Amerika walaupun kemudahan yang lebih besar terletak di Bahrain dan Qatar.
01:29Terima kasih telah menonton!
Comments