Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Situasi itu menuntut pemantauan keselamatan yang lebih rapi berikutan wujud bukti terkini mengenai usaha pihak luar bekerjasama dengan kelompok dalaman untuk mempengaruhi dan menjejaskan kepentingan kerajaan serta negara.
Transcript
00:00Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata kerajaan memandang Syria sebarang cubaan campur tangan asing yang boleh mengancam kedaulatan dan keselamatan
00:09negara, serta komited memastikan kepentingan Malaysia terus dilindungi.
00:13Dato' Sri Arnold Ibrahim menegaskan penahanan beberapa ejen Mossad menuntut pemantauan keselamatan yang lebih rapi berikutan wujud bukti terkini mengenai
00:22usaha pihak luar, bekerjasama dengan kelompok dalaman untuk mempengaruhi dan menjejaskan kepentingan negara serta kerajaan.
00:30Kita disahkan, ada yang sudah ditangkap dan ada yang sudah didakwa dan ada yang juga dikaitkan dengan beberapa orang lain
00:41termasuk pasangan lelaki dan wanita Islam yang menjadi tali barut kepada ejen Mossad ini.
00:50Dan maknanya cukup bukti bahawa kita harus pantau dari dekat terutama bila suara rakyat dan kita jauh lebih lantang menentang
01:02keganasan rejim Israel.
01:04Mulanya kita bicara banyak terkait Gaza dan Palestine dan sekarang ke Iran.
01:13Tapi juga saya panjangkan isu ini kerana isu ini berlarutan kerana ada bukti yang terkini yang menunjukkan bahawa ada usaha
01:24dari luar yang bekerjasama dengan kelompok di dalam untuk menggunakan dana dan pengaruh untuk menjejaskan kepentingan kerajaan dan juga negara
01:41Malaysia.
01:41Terima kasih.
Comments

Recommended