00:00Timbalan Presiden Abel Perfak Ahmad Farid Kamarudin menyeru masyarakat supaya sedar bahawa kekuatan sebenar dalam menghadapi cabaran dunia bermula dengan
00:10hubungan yang kukuh dengan Allah sebagai pencipta manusia.
00:14Katanya dalam hubungan ini, tema bagi World Quran Hour 2026 akan berteraskan kepada Surah Al-Muzamil yang menerangkan mengenai kepentingan
00:25mempersiapkan jiwa melalui ibadah malam sebelum menggalas tanggungjawab besar pada siang hari.
00:33World Quran Hour 2026 bakal berlangsung pada 11 Mac ini di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa, UIAM
00:43Gombak.
00:43Antara lain, penganjuran kali ini menyaksikan Surah ke-73 iaitu Surah Al-Muzamil terpilih yang memberi penekanan kepada pembinaan kekuatan
00:52dalaman dan meneladani Nabi Muhammad SAW yang cekal memperkukuh jati diri menghadapi tanggungjawab yang besar.
01:00Ahmad Farid memaklumkan World Quran Hour 2026 yang memasuki tahun ke-11 penganjuran merupakan kesinambungan usaha memperkasa kefahaman Al-Quran
01:11melalui tadabur ayat dan tafsir sebagai panduan hidup masyarakat.
01:15Sementara itu, beliau berkata peranan media dalam penganjuran program berkenaan menjadi jambatan penting untuk menyampaikan mesej murni kepada masyarakat global.
01:26Beliau berharap agar liputan program pada tahun ini dapat dipeluas dan sekaligus melipatgandakan impak dakwah serta kesedaran terhadap Al-Quran.
01:35Menurut Ahmad Farid, penganjuran kali ini tampil sedikit berbeza apabila ia dilaksanakan dalam bahasa Inggeris.
01:43Antara rakan media yang terlibat ialah Esro Awani, TV Al-Hijrah, Media Prima, Bernama, Sinar Hadian dan Ikim FM dengan
01:53Esro Oasis selaku penyiar utama.
01:55Acara pada tahun ini turut diserikan dengan keberangkatan Tengku Ampuan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang juga merupakan ketua
02:05perlembagaan UIAM.
Comments