Skip to playerSkip to main content
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Farhan Hakimi

Tumpuan #AWANI745 malam ini:

- Ayatollah Ali Khamenei terbunuh, Iran nekad balas dendam

- Israel dibantu Amerika terus bedil Tehran, serangan udara besar-besaran

- Biar pihak berkuasa siasat isu hina agama, tegas Anwar

- Menu moreh setahun sekali, tradisi kerang dan siput rebus lepas tarawih

Saksikan #AWANI745 setiap hari 7.45 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com/live-tv

Category

🗞
News
Transcript
00:00Intro
00:07Assalamualaikum dan salam sejahtera
00:09Wani 745 bersama saya Farhan Hakimi
00:12dan berikut adalah paparan utama
00:17Ayatullah Ali Khamenei disahkan terbunuh
00:193 individu pimpin Iran sementara
00:25Siren abaran tidak akan senyap
00:27Iran lancar serangan gelombang baharu
00:33Provokasi agama
00:34Biar pihak berkuasa jalankan siasatan
00:37Tegas PM Anwar
00:41Muncul setahun sekali
00:43Moreh, Kerang dan Siput
00:44Tradisi di bulan Ramadan
01:02Baik pemimpin tertinggi Iran Ayatullah Ali Khamenei
01:06sah terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan oleh Israel dan Amerika Syarikat semalam
01:12Perkara itu disahkan stesen televisyen negara dan agensi berita rasmi Iran pada Ahad
01:17Media Iran melaporkan kematian pemimpin berusia 86 tahun itu
01:22Susulan siri serangan besar-besaran yang menyasarkan infrastruktur ketenteraan dan kepimpinan tertinggi negara tersebut
01:29Serangan bersama Israel dan Amerika Syarikat itu dilaporkan menyasarkan pelbagai lokasi strategik di Iran
01:35Termasuk kawasan berkaitan kepimpinan tertinggi negara
01:39Dalam apa yang disifatkan sebagai operasi ketenteraan paling agresif dalam beberapa dekad
01:45Sebelum ini Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan pegawai Israel turut mendakwa Khamenei terbunuh dalam serangan berkenaan
01:52Namun terdapat percanggahan maklumat apabila beberapa sumber Iran sebelum ini menafikan atau belum mengesahkan sepenuhnya laporan tersebut
02:00Kematian Khamenei yang memegang jawatan pemimpin tertinggi sejak 1989 dan merupakan tokoh paling berkuasa dalam struktur politik dan ketenteraan Iran
02:10Dijangka memberi kesan besar terhadap kestabilan politik dalaman Iran serta meningkatkan lagi ketegangan geopolitik di rantau Asia Barat
02:23Presiden Iran Masud Pazeshkian, ketua kehakiman dan seorang ahli majlis penjaga perlembagaan akan memimpin negara secara sementara
02:31Selepas kematian pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei
02:35Menurut agensi berita Rusia TAS yang memetik agensi berita Republik Islam IRNA, mereka akan memimpin negara sepanjang tempoh peralihan kuasa
02:44Sebelum ini, IRNA melaporkan bahawa Khamenei telah terbunuh susulan serangan oleh Israel dan Amerika Syarikat
02:50Beliau terkorban selepas serangan pada pagi Sabtu menurut laporan itu
03:01Gelombang baharu serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel dan pangkalan tentera Amerika Syarikat bermula
03:08Angkatan Bersenjata Iran berkata mereka tidak akan membenarkan siren amaran disenyapkan di Israel dan pangkalan Amerika Syarikat
03:18Menurut unit elit Angkatan Bersenjata Pasukan Pengawal Revolusi Islam IRGC, gelombang ke-6 serangan peluru berpandu dan drone ke atas
03:28wilayah Israel dan pangkalan tentera Amerika Syarikat di rantau Asia Barat telah bermula
03:33IRGC menyatakan serangan itu menyasarkan 27 lokasi termasuk pangkalan udara Tel Nof, ibu pejabat tentera Israel dan kompleks ketenteraan industri
03:43utama di Tel Aviv
03:45Angkatan Bersenjata Republik Islam Iran menjelaskan mereka akan melaksanakan peringkat balas dendam yang tegas dan pelbagai melalui serangan bertahap
03:54Pemimpin tertinggi Iran Ali Khomeini terbunuh di pejabatnya pada awal pagi Sabtu akibat serangan peluru berpandu Amerika Syarikat dan Israel
04:03Susulan kematian pemimpin tertinggi kerajaan Iran mengisytiharkan tempoh berkabung kebangsaan selama 40 hari dan seminggu cuti umum
04:11IRGC dan tentera Iran berikrar untuk membalas kematian Khomeini dalam kenyataan yang diterbitkan
04:17Amerika Syarikat dan Israel melancarkan beberapa seri serangan ke atas sasaran di Iran pada Sabtu termasuk Teheran mengakibatkan kerosakan dan
04:26kematian orang awam
04:27Iran kemudiannya melancarkan serangan roket balas ke atas wilayah Israel serta sasaran tentera Amerika Syarikat di Asia Barat
04:37Iran dan Israel terus saling menuding jari dalam mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB
04:42Susulan serangan bersama Amerika Syarikat Israel terhadap Iran
04:46Duta Iran ke PBB Amir Said Iravani menyifatkan serangan itu sebagai pencerobohan yang tidak berprovokasi
04:54dan dirancang terlebih dahulu dengan mendakwa ia menyasarkan kawasan berpenduduk
05:03Mr. President, this morning the United States regime jointly and in coordination with the Israeli regime
05:12initiated an unprovoked and premeditated aggression against the Islamic Republic of Iran for the second time in the recent months
05:21why deliberately attacking civilian populated areas in multiple large cities of Iran where millions of people reside
05:30as a result of this brutal armed attack hundreds of civilians have been killed and injured
05:38beliau menyatakan Iran melaksanakan hak sah mempertahankan diri di bawah artikel 51 piagam PBB
05:45dan memberi amaran bahawa aset ketenteraan yang dikaitkan dengan kuasa bermusuhan
05:50boleh menjadi sasaran selagi serangan tidak dihentikan
05:53sementara itu Duta Israel ke PBB Danny Dannen mempertahankan tindakan tersebut
05:59dengan menegaskan ia menyasarkan infrastruktur nuklear dan keupayaan peluru berpandu Iran
06:05Israel berdiri sebelum anda hari ini
06:09menganggap dengan Amerika untuk menyerang dan menghentikan
06:13kemampuan yang tindakan kemampuan yang tersebut
06:15sebelum ia menjadi tidak terlaluan
06:18kerana operasi nuklear, infrastruktur nuklear,
06:23misil balistik, masyarakat yang menyerang teror
06:28di seluruh region kita
06:29kami tidak berkaitan dengan impuls
06:32kami tidak berkaitan dengan agresi
06:35kami berkaitan dengan kemampuan
06:39kerana rejim Ibrahim tidak ada alternatif yang tindakan
06:46perusahaan ini akan teruskan
06:49sehingga kemampuan yang tinggal
06:52menurutnya operasi akan diteruskan selagi ancaman masih wujud
06:56dan tindakan itu ditujukan kepada kepimpinan Iran
06:59bukan rakyatnya
07:01mesyuarat tergempa itu diadakan ketika ketegangan terus memuncak
07:05mencetuskan kebimbangan antarabangsa terhadap risiko perang
07:08yang lebih besar dirantau berkenaan
07:12Malaysia bersolidariti bersama dengan semua umat Islam dan masyarakat
07:16di Asia Barat yang terjejas
07:18susulan ketegangan berpunca daripada tindakan Amerika Syarikat dan Israel
07:22yang melancarkan serangan terhadap Iran pada Sabtu
07:25menerusi hantaran dalam Facebook
07:27Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata
07:29Malaysia mendoakan kesejahteraan umat Islam
07:32dan semua masyarakat yang terkesan di Asia Barat
07:35beliau turut menzahirkan harapan agar keamanan, keadilan dan kestabilan
07:40dapat segera dipulihkan di Asia Barat
07:43Amerika Syarikat dan Israel
07:44melancarkan siri serangan terhadap sasaran di Iran pada Sabtu
07:48termasuk Teheran dengan laporan kemalangan orang awam
07:51Iran telah melaksanakan serangan balas misil ke wilayah Israel
07:55serta kekemudahan tentera Amerika Syarikat di Asia Barat
07:58pemimpin agung Iran Ayatullah Ali Khamenei
08:02dilaporkan terbunuh susulan serangan pada pagi Sabtu itu
08:10Kementerian Luar Negeri menggesa rakyat Malaysia
08:12yang berada di Iran, Iraq dan Jordan
08:15supaya bersatu, kekal tenang dan sentiasa berwaspada
08:19susulan ketegangan keselamatan yang semakin memuncak di Asia Barat
08:23Menurut Wisma Putra, pihak Kementerian sedang memantau rapi
08:26perkembangan situasi di rantau berkenaan
08:28susulan laporan serangan terkini yang melibatkan Iran dan Israel
08:34Semua itu, Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia
08:37agar bersedia menghadapi kemungkinan perubahan jadual penerbangan
08:40dan penutupan lapangan terbang
08:41serta sekatan perjalanan
08:44Perjalanan yang tidak mustahak ke negara-negara terlibat
08:47turut disarankan agar ditangguhkan sehingga keadaan kembali stabil
08:50Semua rakyat Malaysia yang menetap atau berada di negara-negara berkenaan
08:55diseru supaya segera mendaftar dan mengemaskini maklumat perhubungan
08:58dengan kedutaan besar Malaysia atau perwakilan Malaysia yang terdekat
09:01termasuk melalui sistem e-consular
09:04menerusi laman web rasmi Kementerian Luar Negeri
09:06Langkah ini penting bagi memudahkan penyaluran bantuan
09:09sekiranya berlaku kecemasan
09:11Kementerian menegaskan komitmen berterusan
09:14untuk memastikan kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara
09:17sentiasa terpilihara
09:20Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa masyarakat
09:23supaya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa
09:26untuk menjalankan siasatan berhubung isu provokasi agama
09:30Perdana Menteri yakin kebenaran akan terungkai secara menyeluruh dan telus
09:34melalui siasatan yang sedang dijalankan
09:37Perdana Menteri menerusi laman sosial Facebook berkata
09:41kerajaan akan memastikan keadilan ditegakkan dan keamanan negara
09:45terus terpelihara
09:46Sebelum ini Perdana Menteri menegaskan bahawa tuduhan yang mengatakan
09:50kerajaan tidak mengambil tindakan berhubung insiden memijak Al-Quran
09:54adalah tidak berasas
09:55Beliau berkata pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh
09:59mengikut lunas undang-undang yang berkuatkuasa
10:02Pada 25 Februari lalu
10:04seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
10:08UMPSA
10:09ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menghina Islam di media sosial
10:14Setakat Sabtu, sebanyak 28 laporan polis diterima di seluruh negara
10:19berhubung kes berkenaan
10:24Polis diraja Malaysia PDRM diarah untuk memberikan keutamaan dan fokus sepenuhnya
10:30dalam membuka kertas siasatan bagi setiap aduan yang diterima berkaitan dakwaan
10:35wujud komplot untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara
10:41Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasrutan Ismail berkata
10:45ketetapan itu merupakan keputusan yang telah dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jemaat lepas
10:50yang menghendaki PDRM menjalankan siasatan terbaik
10:54sebaik sahaja menerima sebarang bentuk aduan daripada mana-mana pihak
11:00Beliau berkata proses siasatan telah mula digerakkan berikutan aduan yang diterima
11:04selaras dengan kenyataan yang diumumkan oleh Ketua Polis Negara Datuk Seri Mamak Khalid Ismail
11:09berhubung kes itu baru-baru ini
11:11Katanya proses siasatan kes ini masih berada di peringkat awal
11:15dan setiap aduan yang diterima akan menjadi asas penting bagi PDRM
11:18dalam menentukan halatuju siasatan yang lebih terperinci
11:21Katanya daripada aduan itu ia memberikan asas kepada PDRM untuk menentukan halatuju siasatan
11:26termasuk menentukan di bawah seksyen dan perintukan undang-undang
11:29apa kes ini akan disiasat
11:31Saifuddin Nasution berkata ia juga penting bagi mengenapasti motif kejadian
11:36serta hasil akhir kepada sesuatu siasatan tersebut
11:39Mamak Khalid sebelum ini dilaporkan berkata PDRM menerima laporan berhubung dawaan gerakan
11:43yang melibatkan kerjasama antara seorang tokoh tempatan berpengaruh
11:46dengan sebuah agensi media antarabangsa pada Khamis
11:49Siasatan kini dikendalikan oleh unit siasatan jenayah terkelas USJT
11:53bahagian perdawaan undang-undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bikin Aman
11:57mengikut Seksyen 124B Kanun Kesiksaan
12:02Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menggesa semua pihak
12:06mengumpul segala bukti berhubung isu dawaan penipuan dokumen pemain warisan
12:11dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut
12:15Menurut Baginda, tindakan berlandaskan undang-undang dengan menggunakan fakta dan bukti yang sahih
12:20adalah lebih berkesan berbanding sekadar melimpahkan teori semata-mata
12:28Baginda bertitah supaya ia diserahkan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkuasa
12:32untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang
12:35Tunku Mahkota Ismail bertitah demikian sebagai respon kepada hantaran akaun ex-Youth Football Malaysia
12:41yang membangkitkan kebimbangan mengenai polemik serta kepinjangan dalam industri bola sepak negara ketika ini
12:47Menurut hantaran Youth Football Malaysia itu pihaknya bersetuju bahawa isu-isu asas
12:52seperti keadaan padang, pusat latihan, pertandingan dan akademi
12:56sememangnya sedang dalam proses penambahbaikan dan masih mempunyai jalan penyelesaian
13:01FIFA sebelum ini menjatuhkan hukuman kepada tujuh pemain warisan negara
13:04selepas didapati bersalah melanggar Artikel 22 Kod Tata Tertib FIFA atau FDC
13:10berkaitan kesalahan pemalsuan dokumen
13:12FAM terlebih dahulu membuat rayuan di FIFA
13:15namun ditolak dan kemudiannya mengumumkakan kes tersebut ke CAS
13:19dan sedang menunggu keputusan selepas perbicaraan selesai baru-baru ini
13:39Baik bertemu kembali dalam Sinarawan ini kita terus sahaja ke tajuk utama
13:47Ayatollah Ali Khamenei terbunuh, Iran dekat balas dendam
13:54Israel dibantu Amerika terus bedil Tehran, serangan udara besar-besaran
14:02Biar pihak berkuasa siasat isu hina agama, tegas Anwar
14:10Mediomore setahun sekali tradisi kerang dan siput rebus
14:14Lepas Telawih
14:33Baik, pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei sah terbunuh
14:37dalam serangan udara yang dilancarkan oleh Israel dan Amerika Syarikat semalam
14:42Perkara itu disahkan stesen televisyen negara dan agensi berita rasmi Iran pada Ahad
14:47Media Iran melaporkan kematian pemimpin berusia 86 tahun itu
14:51susulan siri serangan besar-besaran yang menyasarkan infrastruktur ketenteraan
14:56dan kepimpinan tertinggi negara tersebut
14:59Serangan bersama Israel dan Amerika Syarikat itu
15:02dilaporkan menyasarkan pelbagai lokasi strategik di Iran
15:05termasuk kawasan berkaitan kepimpinan tertinggi negara
15:08dalam apa yang disifatkan sebagai operasi ketenteraan
15:11paling agresif dalam beberapa dekad
15:14Sebelum ini Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan pegawai Israel
15:18turut mendakwa Khamenei terbunuh dalam serangan berkenaan
15:21namun terdapat percanggahan maklumat apabila beberapa sumber Iran sebelum ini
15:26menafikan atau belum mengesahkan sepenuhnya laporan tersebut
15:29Kematian Khamenei yang memegang jawatan pemimpin tertinggi sejak 1989
15:34dan merupakan tokoh paling berkuasa dalam struktur politik dan ketenteraan Iran
15:39dijangka memberi kesan besar terhadap kestabilan politik dalaman Iran
15:43serta meningkatkan lagi ketegangan geopolitik di rantau Asia Barat
15:54Beberapa bangunan di Tel Aviv dilaporkan mengalami kerosakan
15:58susulan serangan peluru berpandu yang dilancarkan Iran pada Sabtu
16:02Menurut laporan Mida Israel Haaretz yang memetik kenyataan pihak berkuasa perbandaran
16:07impak serangan tersebut telah memaksa pemindahan lebih 200 penduduk
16:12dari kediaman masing-masing
16:18Bangsa yang terjejas dilapor ditempatkan sementara di tiga hotel di sekitar bandaraya
16:24Serangan itu dipercayai sebahagian daripada gelombang serangan balas
16:27yang diumumkan oleh Korp Ngawal Revolusi Islam atau IRGC
16:32Ia sebagai reaksi terhadap pencerobohan Amerika Syarikat dan Israel ke atas wilayah Iran
16:39Selain kawasan kediaman, IRGC sebelum ini mendakwa
16:42telah menyasarkan Ibu Pejabat Perintah Tentera Hakiriya
16:45dan Kompleks Industri Pertahanan yang terletak di bandar yang sama
16:50Keadaan di Tel Aviv kekal dalam kesiapsiagaan tinggi
16:53dengan siren amaran serangan udara dilaporkan berbunyi di beberapa zon
16:57bagi memberi amaran kepada penduduk mengenai kemungkinan serangan susulan
17:01Pihak berkuasa tempatan sedang giat menjalankan operasi pembersihan serpihan
17:06dan memastikan struktur bangunan yang terjejas tidak membahayakan orang awam
17:11Setakat ini, belum ada perincian rasmi mengenai jumlah kemalangan jiwa yang berlaku di bandar itu
17:18Bagaimanapun, kerosakan infrastruktur yang dilaporkan adalah antara yang paling ketara
17:22sejak konflik bermula
17:27Tentera Israel mengesahkan telah melancarkan serangan udara besar-besaran
17:31ke atas beberapa kawasan strategik di Teheran
17:34susulan operasi ketenteraan bersama Amerika Syarikat
17:36Dalam satu kenyataan menerusi saluran telegram
17:39Tentera Israel mendakwa serangan tersebut bertujuan menembusi pertahanan udara Iran
17:44serta melemahkan pusat kawalan penting negara itu
17:50Rakaman dan laporan media antarabangsa menunjukkan beberapa letupan kuat dan kepulauan asap tebal
17:56menjulang dari kawasan utama di Teheran
17:58dipercayai berhampiran kompleks kementerian dan kemudahan keselamatan negara
18:03Agensi Berita IRNA turut melaporkan siri letupan yang mengegarkan sebahagian besar bandar raya itu
18:10termasuk persimpangan Syed Kandan dan Khosri, Dataran Vanak serta Jalan Motahari
18:16Bunyi dan tumang kuat daripada serangan peluru berpandu dan jet pejuang itu
18:20mencetuskan suasana cemas dalam kalangan penduduk bandar raya tersebut ketika waktu puncak
18:25Pihak berkuasa tempatan sedang berusaha menilai tahap kerosakan dan jumlah kemalangan jiwa
18:31di kawasan yang padat dengan pejabat pentadbiran dan premis komersial itu
18:35Serangan ke atas pusat pemerintahan dan aset keselamatan Iran itu
18:39dilihat sebagai antara peningkatan serangan paling serius sejak konflik tercetus semula
18:44Pihak keselamatan Iran dilapor memperketatkan kawalan di seluruh ibu kota
18:50bagi melindungi infrastruktur kritikal serta bersiap menghadapi kemungkinan serangan susulan
18:55Siren amaran pertahanan udara turut dilaporkan berbunyi di beberapa zon sebagai langkah berjaga-jaga
19:02Keadaan di Teheran kekal tegang dengan siren amaran terus berbunyi
19:07sementara dunia memerhatikan dengan penuh kebimbangan akan kemungkinan berlakunya perang berskala penuh
19:13di rantau Asia Barat
19:17Kedutaan Republik Islam Iran di Malaysia mengecam sekeras tindakan ketenteraan yang didakwa dilakukan oleh
19:23Amerika Syarikat dan Israel terhadap wilayah Iran yang disifatkan sebagai satu bentuk pencerobohan jenayah
19:29Dalam satu kenyataan, Iran mendakwa serangan itu berlaku ketika rundingan diplomatik berhubung isu nuklear
19:35masih berjalan antara Teheran dan Washington
19:40Tindakan tersebut didakwa menanggar kedalatan negara
19:44serta prinsip asas pertubuhan bangsa-bangsa bersatu dan undang-undang antarabangsa
19:48Menurut kedutaan itu, antara sesaran yang terjejas termasuk sebuah sekolah rendah perempuan di selatan Iran
19:56dengan kira-kira 150 kanak-kanak dilaporkan terbunuh dan 100 lagi cedera
20:01Dalam masa yang sama, Iran menegaskan
20:04ia tidak menyasarkan orang awam dalam sebarang operasi pertahanan
20:08dan hanya bertindak terhadap kedudukan yang didakwa milik pihak penceroboh
20:12Teheran turut menegaskan bahawa negara itu tidak mahu meningkatkan ketegangan
20:16namun akan mempertahankan kedaulatan dan wilayahnya selagi serangan berterusan
20:25Malaysia bersolidariti bersama dengan semua umat Islam dan masyarakat di Asia Barat
20:30yang terjejas susulan ketegangan berpunca daripada tindakan Amerika Syarikat
20:34dan Israel yang melancarkan serangan terhadap Iran pada Sabtu
20:38Menelusi hantaran dalam Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata
20:42Malaysia mendoakan kesejahteraan umat Islam dan semua masyarakat yang terkesan di Asia Barat
20:49Beliau turut menzahirkan harapan agar keamanan, keadilan dan kestabilan dapat segera dipulihkan di Asia Barat
20:55Amerika Syarikat dan Israel melancarkan siri serangan terhadap sasaran di Iran pada Sabtu
21:00termasuk Teheran dengan laporan kemelangan orang awam
21:03Iran telah melaksanakan serangan balas misil ke wilayah Israel
21:07serta kekemudahan tentera Amerika Syarikat di Asia Barat
21:10Pemimpin agung Iran Ayatollah Ali Khamenei dilaporkan terbunuh susulan serangan pada pagi Sabtu itu
21:22Lembaga Tabung Haji TH sedang memantau dan menilai keadaan perkembangan konflik semasa di Asia Barat
21:28TH dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya akan membuat pemakluman seterusnya pada masa yang sesuai
21:35Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Ezekutif TH, Mustaqim Mohamad dalam kenyataan itu berkata
21:41Tindakan TH seterusnya akan berdasarkan nasihat yang diterima daripada rakan syarikat penerbangan
21:47pihak berkuasa Saudi dan Wisma Putra
21:50TH menegaskan keselamatan dan kebajikan bakal Jemaah Haji Negara adalah keutamaan
22:00Terima kasih telah menonton!
22:38Terima kasih telah menonton!
23:06Terima kasih telah menonton!
23:12Terima kasih telah menonton!
23:50Terima kasih telah menonton!
24:04Terima kasih telah menonton!
24:05Terima kasih telah menonton!
24:19Terima kasih telah menonton!
24:43Terima kasih telah menonton!
25:10Terima kasih telah menonton!
25:30Terima kasih telah menonton!
25:45Terima kasih telah menonton!
25:45Terima kasih telah menonton!
25:49Terima kasih telah menonton!
26:01Terima kasih kerana menonton!
26:20Hanya akan muncul setahun sekali sahaja iaitu pada bulan Ramadan
26:36Penggemarnya bukan hanya terdiri dalam kalangan penduduk setempat
26:39Malah ada yang sanggup datang dari jauh termasuk terengganu, perak dan kedah
26:44Semata-mata mahu menikmati keenakan menu makanan unik tersebut
26:48Jadi tidak hairan apabila sajian yang popular khususnya di daerah seberang Perais Selatan
26:53Sejak puluhan tahun dahulu itu, kini menjadi fenomena apabila perniagaan tersebut tumbuh
26:58Bagai cendawan selepas hujan
27:00Tinjawat Nesra Awani mendapati jemaah dan pengunjung menyerbu gerai yang menghidangkan menu perkenaan di simpang tiga ni bung tebal
27:06Bagi menikmati keenakan murih kerang dan siput bersama kuah kacang
27:10Kalau untuk bulan puasa ni, saya rasa dia jadi tradisi untuk kita lah
27:16Sebab dia jadi keunikan sebab bulan-bulan lain, kita tak cari pun kerang
27:22Tapi kalau bulan puasa, tiba-tiba saya rasa semua orang akan pergi cari kerang, terutama buat tumorek
27:28Belah sini sahaja yang banyak dapat benda-benda macam ni, betul kan?
27:32Tempat lain payah sikit lah nak dapat apa ni sebab sini
27:35Memang tempat dia lah, tempat sibuk kerang pun ni
27:39Main tahun ni selalu, tapi tahun lepas dia buat kat sana, tahun ni dia tukang balik sini balik
27:45Kami malam ni main dengan perempuan je lah, ada tiga beradik
27:50Selalu main dengan keluarga lah, tapi malam ni sahajalah kau bawa main belanja makan kat sini malam ni
27:55Selalunya tiap-tiap tahun lah, dapat tahu kau daripada kawan tempat kerja kan
28:00Dia orang sini, jadi dia yang banyak bercerita lah
28:03Sebab selalunya makan benda-benda macam ni, kebanyakan bulan puasa je banyak kan
28:09Kalau macam hari-hari biasa ni, rasanya susah nak dapat lah
28:14Kalau bulan puasa ni, memang lalu ada lah, sampai hujung Ramadan lah
28:20Sementara itu, peniaga Suhaida Yahya percaya
28:22Keenakan resepi kuah kacang yang diturunkan daripada arwah ibunya
28:26Antara tarikan utama, pelanggan merasai keenakan moreh kerang di kedainya
28:31Katanya pada bulan Ramadan, setiap hari dia menyediakan kira-kira 300 kg kerang dan pelbagai jenis siput
28:38Antara nya siput duri, siput unam, siput lokan dan juga belangkas
28:45Tiba-tiba ramadhan ni, memang orang kata jadi satu fenomena lah kerang rebus
28:51Kerang rebus yang cicah dengan kuah kacang, bukan dengan sos
28:54Jadi orang kata apa, selain daripada kerang, kita ada juga pelbagai jenis areka siput lah
29:01Lebih daripada 10 jenis siput yang kita ada
29:03Kita ada sudu, kita ada gayam, kepah, kita ada siput duri, siput unam, siput halia, siput gerudi
29:14Kita ada juga oyster, kita ada juga pelangkah dan ada lagi lah orang kata lebih daripada 10 jenis siput yang
29:20kita ada kat sini
29:21Betul tak?
29:22Ya betul, bila tiba-tiba ramadhan, menu ni dia memang jadi pun tak tinggi
29:25Kiranya orang kata siput-siput ni kalau hari biasa pun kita ada
29:29Tapi orang kata apa, kadang-kadang orang tengok pun, orang pun jalan lagu tu tak tampak sangat kan
29:36So Haida berharap, moreh makan kerang dan siput ni akan terus menjadi tradisi yang sentiasa diingati penduduk
29:41Khususnya dinibung tebal itu sendiri
29:47Baik, pembayaran jadi isu di bazar ramadhan kebelakangan ini
29:51Laporannya seketika nanti
30:17Baik, bazar ramadhan sudah tentu menjadi lokasi tumpuan dalam kalangan umat Islam ketika ini
30:22Pelbagai juadah dan aneka kuih-muih menggabit kehadiran pengunjung sebagai menu untuk berbuka puasa
30:29Dengan kepesatan teknologi, urus niaga di bazar ramadhan juga kini lebih banyak menggunakan kod QR
30:36Tetapi sejak kebelakangan ini, timbul isu ketika hendak membuat pembayaran
30:41Ini laporan wartawan Israwani, pihak Ernadia dari bazar ramadhan Bukit Kinara Puchong meninjau keluhan rakyat
30:49Bulan puasa je mesti tak lengkap kan kalau kita tak ke bazar
30:53So pada hari ini saya berada di bazar ramadhan Banda Kinara
30:57Bukan sekadar untuk melihat pelbagai juadah yang ada dekat sini
31:01Tetapi lebih daripada itu kita juga nak memahami dan juga menilai adakah prestasi penjualan tahun ini lebih baik
31:10Adakah kuasa beli pelanggan menunjukkan trend perubahan dan semua itu akan saya bawakan dalam tinjauan ini
31:20Compare tahun ini dengan tahun lepas, tahun lepas saya punya sale 200 bungkus
31:24Macam tahun ini kita buat 150 ke 100 sahaja
31:27Sebab memang majoriti, customer memang ramai tapi majoriti mereka berjalan sahaja
31:31Macam banyak yang berjalan daripada membeli
31:33Mungkin mereka punya kos hari hidup ataupun mereka punya ekonomi, duit mereka nak pakai untuk benda-benda lain saya rasa
31:40Semalam Alhamdulillah habis
31:41Tapi saya drop lah 100 bungkus sahaja, kita memang buat 100 je
31:45Tahun ini dengan tahun lepas, so far Alhamdulillah lah setakat ini
31:48And walaupun kalau kita tengok cuaca sepanjang setiap ramadhan ni
31:53Boleh kata datang-datang hujan lah, 2-3 hari ni yang kita yang cuaca yang panas macam ni
31:58Yang bagi kita nasi kiri padu memang Alhamdulillah lah
32:01Ok kalau ikutkan prestasi jualan Alhamdulillah lebih kurang sama macam tahun lepas
32:07Prestasi jualan kalau macam sekarang ni sebab ujung bulan kan
32:09So Alhamdulillah lah ramai yang membeli lah sama juga macam tahun lepas
32:16Selain jualan, tempuan kita adalah tentang pembayaran tanpa tunai
32:21Ok rata-rata dorai di sini menyediakan kod QR
32:25Namun persoalan yang di sini apabila pengunjung mula berpusu-pusu pada waktu kemuncak
32:30Adakah sistem ini benar-benar berjalan dengan lecah?
32:35Cuma ada masalah lah waktu pembayaran
32:41Biasanya yang masuk melalui QR banyak
32:45Tapi bila kali ni saya check QR saya tak
32:48Apa duit yang masuk kat dalam bank saya kurang
32:51Start daripada mula puasa lah ada masalah macam tu
32:55Biasanya tapi puasa pertama kedua ok lah
32:58Saya tengok yang masuk dekat dalam bank tu banyak
33:01Tapi bandingkan dengan touch and go yang bank tu kita orang amount tu
33:07Dia banyak shock tau
33:09Daripada kita orang biasa yang masuk tu around seribu macam tu kan
33:13Jadi dua ratus setengah je yang masuk
33:15Betul
33:16Ni saya cakap yang betul lah
33:18Biasa yang macam tu lah dalam seribu dulu dia jadi dua ratus setengah
33:21Dua ratus empat puluh macam tu je lah
33:22Untuk pasal QR ni rasanya dah dua hari lah bermasalah
33:27Setiap pada jam kemuncak orang membeli belah di bazar Ramadan
33:32Dia memberi kesan juga kepada pelanggan yang
33:35Dia lah sedia maklum kita baru je gaji kan
33:39Orang baru je gaji and then belum sempat lagi nak withdraw
33:41Masalah QR
33:42Jadi untuk masalah ni sebenarnya
33:45Kesian lah pada pelanggan untuk
33:47Kalau lihat daripada dua hari ni
33:49Dalam jam enam setengah
33:50Enam setengah dia akan start problem lah
33:52Dia akan start problem lebih kurang dalam
33:53Dua puluh minit ke dua puluh lima minit lebih macam tu
33:56Baru je ok balik
33:57Ada beberapa hari ni dalam pukul enam enam
34:00Lebih kurang gitu lah
34:01Waktu tu puncak kan
34:02Dia jadi tak boleh nak scan
34:04Memang nak masuk pun tak boleh kan
34:06Awak kata macam
34:08Loading gitulah lebih kurang
34:10Nak cakap
34:10Tapi pun tak tahu kenapa
34:14Ya betul
34:15Kita akan jadi terlambat sikit
34:17Dengan awak kata apa
34:19Nak
34:20Dengan customer datang kan
34:22Dia jadi tak berapa nak lancar lagi
34:24Syedikasnya peniaga di sini
34:26Melihat jualan mereka pada tahun ini
34:29Ada yang naik ada yang turun
34:31Itu semua bergantung kepada hari
34:32Dan juga cuaca
34:33Menanggala pembayaran tanpa tunai
34:35Meskipun ia memudahkan urusan
34:37Tetapi pelancarannya tetap menjadi
34:40Satu persoalan dan juga cabaran
34:42Ini tinjauan dari Bazar Ramadan Bandar Akira
34:45Sama saya Fiat Nadia
34:47Dan juga juru camera
34:48Rizal Rahim
34:49Untuk Esra awal
35:03Baik ini berita yang baru kami terima
35:06Majlis Pimpinan Pusat PKR
35:08Telah bermesyuarat pada hari ini
35:09Dan membincangkan antara lain
35:11Isu pendawaan terhadap ahli
35:13Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
35:15Fahmi Zaino
35:17Setiusaha agung PKR
35:19Fouziah Saleh dalam kenyataan memaklumkan
35:21MPP telah memutuskan bahawa
35:23Fahmi digantung segala jawatan parti
35:25Sehingga kes mahkamah beliau diputuskan
35:27Berkuatkuasa serta merta
35:29Berhubung jawatan beliau
35:30Di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
35:33Fouziah akan mengutuskan surat
35:35Kepada Ketua Menteri dalam masa terdekat
35:37MPP juga telah membincangkan
35:39Isu surat tunjuk sebab
35:40Setiusaha agung kepada Rafiz Ramli
35:43Dan jawapan yang telah beliau beri
35:45Menurut Fouziah, PKR mengambil maklum bahawa
35:48Beliau kekal sebagai anggota parti
35:50Dan mengingatkan beliau agar sentiasa
35:53Mematuhi perlembagaan
35:54Kod tata etika dan disiplin parti
35:57Sebagai tanda beliau masih setia
35:59Sebagai anggota parti
36:00MPP turut dimaklumkan bahawa
36:02Yang amat berhormat
36:03Perdana Menteri akan membawa satu usul
36:05Tergempa ke Dewan Rakyat pada Isnin
36:07Mengecam serangan kejam Israel
36:09Dan sekutunya ke atas Iran
36:11Perincian lanjut
36:12Dalam isroawani.com
36:19Baik sekian bulletin awani jam ini
36:21Ikuti berita di laman web isroawani.com
36:23Untuk mengikuti liputan terkini
36:25Dan program sempena Ramadan
36:26Juga kira zakat anda mengikut
36:28Negeri serta semak waktu berbuka puasa
36:31Sahur di kawasan anda
36:32Anda juga boleh muat turun aplikasi
36:34Isroawani di Google Play Store
36:35Dan App Store
36:37Teruskan bersama kami di Isroawani
36:38Berita Segenap Dimensi
36:41Saya Farhan Hakimi
36:42Salam Hormat
36:42Terima kasih kerana menonton!
36:47Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended