Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Keadaan di Tel Aviv kekal dalam kesiapsiagaan tinggi dengan siren amaran serangan udara dilaporkan berbunyi di beberapa zon bagi memberi amaran kepada penduduk mengenai kemungkinan serangan susulan.
Transcript
00:00Beberapa bangunan di Tel Aviv dilaporkan mengalami kerosakan susulan serangan peluru berpandu yang dilancarkan Iran pada Sabtu.
00:08Menurut laporan Mida Israel, Haaretz yang memetik kenyataan pihak berkuasa perbandaran, impak serangan tersebut telah memaksa pemindahan lebih 200 penduduk
00:17dari kediaman masing-masing.
00:23Bangsa yang terjejas dilapor ditempatkan sementara di tiga hotel di sekitar bandaraya.
00:30Serangan itu dipercayai sebahagian daripada gelombang serangan balas yang diumumkan oleh Korp Pengawal Revolusi Islam atau IRGC.
00:38Ia sebagai reaksi terhadap pencerobohan Amerika Syarikat dan Israel ke atas wilayah Iran.
00:44Selain kawasan kediaman, IRGC sebelum ini mendakwa telah menyasarkan ibu pejabat perintah tentera Hakiriyah dan kompleks industri pertahanan yang terletak
00:53di bandar yang sama.
00:55Keadaan di Tel Aviv kekal dalam kesiapsiagaan tinggi dengan siren amaran serangan udara dilaporkan berbunyi di beberapa zon bagi memberi
01:03amaran kepada penduduk mengenai kemungkinan serangan susulan.
01:07Pihak berkuasa tempatan sedang giat menjalankan operasi pembersihan serpihan dan memastikan struktur bangunan yang terjejas tidak membahayakan orang awam.
01:17Setakat ini, belum ada perincian rasmi mengenai jumlah kemalangan jiwa yang berlaku di bandar itu.
01:23Bagaimanapun, kerosakan infrastruktur yang dilaporkan adalah antara yang paling ketara sejak konflik bermula.
01:29Terima kasih.
01:30Terima kasih.
Comments

Recommended